Kepercayaan Animisme merupakan kepecayaan yang paling awal di kalangan masyarakat awal di Asia Tenggara. Ini berlaku sampainya pengaruh agama Hindu, Buddha, Islam dan sebagainya.
Masyarakat ketika itu umumnya banyak mengaitkan persekitaran mereka dalam mengatur kehidupan seharian. Ini ditambah lagi apabila alam juga turut dijadikan punca utama rezeki mereka.
Animisme bermaksud mempercayai bahwa setiap benda dalam dunia ini mempunyai semangat tertentu yang boleh mempengaruhi kehidupan dan menguasai manusia.
Dalam keadaan ini, mereka percaya setiap benda di sekeliling mereka seperti batu, bukit-bukau, gunung-ganang, sungai, kubur dan sebagainya mempunyai peng=unggu atau keramat yang perlu dihormati dan dipuja supaya ketenteraman mereka tidak diganggu.
Mnusia zaman awal juga mempunyai konsep kepercayaan berdasarkan kepada kaedah dan cara mereka menguburkan mayat. Pada masa itu terdapat anggapan bahawa 'hidup tidak berakhir dengan kematian'. Mereka yang mati dianggap telah pergi ke tempat lain yang lebih baik daripada dunia yang ada.
Selain itu, mereka turut mempercayai bahawa orang yang masih hidup di dunia akan terus dapat berhubung dengan orang telah mati terutamanya jika si mati seirang yang berpengaruh, berstatus tinggi, beilmu dan sebagainya. Justeru, dari konsep sebeginilah munculnya kepercayaan pemujaan roh nenek moyang yang masih kekal sehingga ke hari ini.
Seringkali didapati bahawa cara pengebumian mayat juga menggamabrkan sesuatu kepercayaan. Mayat ditanam dengan cara menghalakan kepalanya ke gunung, bukit atau ke sesuatu yang dianggap mempunyai kuasa yang luar biasa.
Mereka percaya bahawa roh nenek moyang berada di tempat-tempat tinggi seperti di gunung. Oleh itu, kepala mayat diarahkan ke tempat tersebut untuk mendapatkan pertolongan, keluhuran dan seumpamanya.
Dalam pada itu, orang yang mati juga dibekalkan dengan 'bekal kubur', Bekalan itu merupakan segala barangan keperluan si mati untuk sama-sama ditanam ke dalam kuburu seperti makanan, pakaian, wang ringgit dan barangan berharga yang lain.
Mereka percaya orang mati juga memerlukan segala keperluan seperti yang diperlukan oelh orang yang masih hidup memandangkan mereka akan menjalani kehidupan di dunia yang baharu.
Selain membekalkan barangan tertentu, penghormatan juga diberikan kepada si mati dengan mendirikan mercu tanda sebagai memperingati dan megabadikan segala kenangan kepada si mati.
Terdapat juga tempat-tempat pemujaan di kawasan yang dianggap sebagai suci dan keramat terutamnya pada zaman prasejarah. Tempat-tempat ini biasanya terdiri daripada batu-batu besar yang disusun dalam pelbagai bentuk yang dinamakan bangunan megalith.
Tempat ini kemudiannya dijadikan sebagai tempat pemujaan kepada roh nenek moyang dan juga kuasa tertentu seperti Matahari, Bulan dan cakerawala.
Jelasnya konsep kepercayaan seperti ini sangat penting kepada masyarakat prasejarah. Mereka sentiasa berusaha untuk mengetahui kehendak dan kesukaan roh nenek moyang atau kuasa luar biasa objek-objek tertentu dengan mengadakan persembahan makanan, upacara-upacara khas dan sebagainya.
Hasil daripada kepercayaan ini akhirnya telah menebalkan kepercayaan dan adat kemasyrakatan di kalangan penduduk yang membolehkan mereka hiudup dengan baik dna harmoni, meskipun pada peringkat awalnya masih tidak terdapat sebarang bentuk perundangan dan peraturan diwujudkan.
Sehingga ke hari ini apabila agama mula diturunkan, kepercayaan terdapat sebarang benda-benda tertentu masih belum dapat dihapuska sepenuhnya. Misalnya, apabila seseorang itu measuki hutan, mereka percaya banyak bentuk objek di dalam hutan yang memiliki kuasa tertentu.
SUMBER DARI 'Siri Gelagat Manusia dan Kehidupan' AGAMA DAN KEPERCAYAAN', oleh Zabri Zakaria, Azilawati Mohd. Sabda, sejati books, 2004.