Dancing Text

Monday, August 3, 2009

Masyarakat Pribumi Sarawak

MASYARAKAT PRIBUMI SARAWAK
Suku kaum yang terbesar di Sarawak ialah suku kaum Iban. Orang – orang Iban terdapat di semua bahagian Sarawak. Mereka ini kebanyakkannya merupakan petani. Ramai di antara mereka masih menanam padi di lereng – lereng bukit di kawasan – kawasan pendalaman.

Lawatan dan Kunjungan
Mengunjungi sanak saudara dan kawan – kawan adalah perkara biasa dan digalakkan. Pelawat biasa, bila tiba di hdapan rumah panjang mestilah bertanyakan orang – orang di dalam rumah itu “Jadi rumah kita?” (Adakah apa – apa halangan terhadap lawatan kami?). Jawapan yang akan diberikan kepada pelawat itu, “Jadi niki meh!” (Dipersilakan, jemput masuk!).

Pelawat akan terus dibawa ke “ruai” (anjung) rumah keluarga yag dilawati. Tetamu akan meletakkan apa – apa jua yang dibawa bersamanya di tempat yang sesuai. Beliau kemudian dijemput duduk. Tepak sirih dan rokok kemudiannya dihulurkan. Tetamu juga akan ditanya sama ada sudah makan atau belum dan dijemput makan bersama. Oarang – orang Iban tidak mempunyai masa atau hari – hari tertentu untuk lawatan.

Masyarakat Pribumi Sabah

MASYARAKAT PRIBUMI SABAH

Adat Resam
Adat resam biasanya dikaitkan dengan sistem nilai tradisi yang diamalkan turun temurun dari satu generasi ke generasi yang lain. Walaubagaimanapun, adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pribumi Sabah telah pun berubah seiring dengan perkembangan dan agama yang dianuti oleh mereka.

Agama dan Kepercayaan
Agama Islam merupakan satu – satunya agama yang tertua bertapak dan berkembang di Sabah. Kelompok etnik terbesar yang menganut agama Islam terdiri daripada kaum Brunei, bajau Kadayan dan Idahan. Berlainan dengan sesetengah suku kaum Kadazan Dusun, Murut, Rungus dan beberapa suku kaum minoriti yang lain, mereka masih mengamalkan kefahaman animisme (bagi suku kaum yang tinggal jauh ke pendalaman). Mereka percaya bahawa roh nenek moyang mereka sentiasa mengawasi dan mengawal setiap tindak tanduk yuang mereka lakukan.

Mereka juga percaya percaya roh – roh memainkan peranan dalam menentukan hidup mereka pada msaha hadapan. Justeru itu tidak hairan jika ada di antara mereka yangtelah memeluk agama Islam atau Kristian masih tetap mengamalkan upacara – upacara yang bersifat animisme dan pemujaan.

Masyarakat Baba

MASYARAKAT BABA

Baba merupakan satu kumpulan etnik yang mula menetap di negara kita mulai kurun ke 15 dan juga meruapkan satu kategori Peranakan Cina. Dalam pada itu, terdapat pelbagai definisi yang diberikan kepada Baba. Menurut J.D Vaughan, Baba adalah sebutan bagi penduduk asli Negara Bengal terhadap anak – anak Eropah. Gelaran ini digunakan olh orang India di Pulau Pinang apabila mereka merujuk kepada orang Cina. Manakala menurut Felix Chia pula, kemungkinan kaum Cina yang datang ke Melaka berkahwin dengan wanita tempatan lalu melahirkan Baba.

Walaubagaimanapun, dalam catatan sejarah, baba merujuk kepada kaum Cina yang berturunan campuran dengan orang tempatan di negeri melaka. Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Baba atau peranakan. Baba sesungguhnya hanya merujuk kepada orang Baba di Melaka.

Kebudayaan Baba telah menyimpan pelbagai artifak dan mereka mempunyai cara hidup yang unik dan tersendiri hasil asimilasi dengan penduduk tempatan. Walau apapun kenyataannya yang pasti kebudayaan Baba adalah contoh daripada kebudayaan Cina yang telah diperkayakan dengan tradisi tempatan iaitu tradisi orang Melayu Melaka.

Etnik Baba boleh dikesan melalui beberapa da seperti dari segi pakaian, masakan dan bahasa. Masyarakat Baba mempunyai kebudayaan yang bercorak kemelayuan namun pada dasarnya masih berpegang kepada prinsip penggabungan budaya etnik Cina. Masyarakat Baba dilihat sebagai satu masyarakat yang berbeza dari masyarakat Cina di Malaysia kerana wlaupun mereka dikenali sebagai orang Cina seperti yang telah dijelaskan, mereka dianggap sebagai mempunyai sifat yang lebih kemelayuan. Identiti Baba adalah hasil daripada proses akulturasi. Ciri – ciri kebudayaan Baba yang paling mudah dilihat oleh orangluar adalah ciri – ciri akulturasi yang signifiksn dan memperkuatkan lagi anggapan stereotaip.

PakaianHingga ke hari ini masih terdapat banyak kaum Nyonya yang memakai kain sarung dan kebaya. Pakaian nyonya ini berlainan dan merupakan satu simbol identiti bagimasyarakat Baba. Pakaian ini dapat membezakan kaum Baba dari Cina dan Baba yang lumrahnya memang tidak memakai sarung dan kebaya.

Namun sejak kebelakangan ini, masyarakat Cina bukan Baba mula berjinak – jinak dengan sarung sehingga sebilangan kecil masyarakat Cina bukan Baba telah dapat menyesuaikan diri dengan memakai sarung.
Masih terdapat perbezaan di antara di dalam pemakaian masyarakat Baba dengan masyarkat Cina di mana kebaya yang dipakai masyarakat Baba memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan butang yang mana budaya yang diwarisi masyarakat Melayu tidak mempunyai butang.
MasakanMasakan Baba lebih mirip kepada masakan Melayu. Walaubagaimanapun, masakan Baba adalah campuran masakan Cina dan melayu tetapi massih beridentitikan masakan Baba.

Masakan Nyonya lebih dirujuk dengan nama lauk Nyonya iaitu daging dan sayuran. Masakan Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba, penggunaan cili yang banyak di dalam masakan adalah satu identiti yang menbezakan di antara masyarakat Baba dan Cina.

Masyarakat Baba masih mengamalkan satu upacara tradisi yang bersangkutan dengan penyembahan nenek moyang iaitu penggunaan meja panjang atau lauk tok panjang. Upacara ini ialah memasak lauk sembahyang dengan masakan yang istimewa pada hari – hari tertentu sahaja.
Di antara masakan nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti penggunaan belacan, bauh keras, asam, lengkuas, serai dan acar. Manakala lauk Nyonya yang masih dikekalkan identiti Nyonya ialah seperti ponteh (daging khinzir yang dimasak dengan kacang soya masin / tauchu), itik tem (daging itik yang dimasak dengan sayur asin), cak bek (daging khinzir yang dimasak dengan kicap dan halia). Penggunaan daging khinzir ini yang membezakan identiti masakan Nyonya dan Melayu. Selain itu kuih cang nyonya dan kuih cang abu juga merupakan masakan istimewa bagi kaum Baba.

Bahasa
Aspek kebudayaan Baba yang ketara berbeza daripada kebudayaan Cina tetapi hampir kepada budaya Melayu iaitu dialek Baba-Melayu kerana dialek itu meniru bahasa Hokkien. Bahasa Baba ialah campuran kepada 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Hokkien.

Perkahwinan
Perkahwinan bagi masyarakat Baba unik kerabat terdapat asimilasi dengan budaya tempatan. Perkahwinan tradisional ini dikenali sebagai kahwin dulukala dan satu daripada upacara yang paling menarik ialah upacara cheo thau.

Upacara cheo thau dimulakan di ruamh pengantin perempuan terlebih dahulu di mana sam kai (high altar) akan dinaikkan dan mengadap pintu utama ruang tamu. Seterusnya ibu bapa pengantin akan memasang lilin di atas meja tersebut. Cheo thau merupakan satu upacara penyatuan di antara suami isteri. Upacara ini dilakukan bagi memberitahu kedua – dua mempelai itu bahawa mereka akan berkahwin dan akan menghadapi masyarakat luar tanpa perlindungan daripada keluarga mereka lagi. Upacara ini dijalankan pada waktu pagi di antara 3 – 4 pagi atau selepas waktu malam.

dalam pada itu kain yang dilapik atas meja sam kai dikenali sebagai tok wee. Kain tok wee ini mengandungi pelbagai warna dan disulam dengan hiasan corak lapan yang abadi dan juga hiasan yang mewakili perlanjutan, kemewahan dan pengajaran.

Di atas sam kai terdapat dua batang lilin. Lilin ini dibalut dengan kertas merah yang telah dicorakkan dengan 8 potongan. Manakala pada bahagian belakangnya pula terdapat mangkuk – mangkuk kecil yang diisikan dengan kuih ‘ih’ yang berwarna putih dan merah. Kuih ini digelek dengan tangan hingga bulat dan dimasukkan bersama – sama dengan air gula yang telah dimasak. Kuih ‘ih’ ini juga akan digunakan untuk dimakan oleh pasangan pengantin pada upacara yang kemudiannya.

Masyarakat Sikh

MASYARAKAT SIKH

Sejarah kedatangan orang Sikh adalah sama jika dibandingkan dengan imigran – imigran iaitu pada awal kurun ke 19. Faktor ekonomi dilihat sebagai penyebabkan kedatangan imigran – imigran Sikh secara beramai – ramai ke negara – negara Asia Tenggara seperti Burma, Indonesia dan Malaya. Masalah kekurangan tanah, bertambahnya jumlah penduduk serta bencana alam menyemarakkan lagi semangat mereka untuk ke Asia Tenggara. Tersedianya peluang – peluang pekerjaan yangbanyak dalam pelbagai bidang serta polisi imigrasi yang agak liberal, menggalakkan penghijrahan beramai – ramai ke Malaya yang ketika itu diperintah oleh Inggeris.

Pada pertengahan abad ke 19 aramai orang Sikh telah berhijrah ke Malaysia ( Tanah Melayu ). Pihak British telah menggunakan orang – orang Sikh dari India yang merupakan salah satu daripada tanah jajahan British untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan kerana mereka mempunyai susuk badan yang tegap. Pada peringkat awal penghijrahan orang Sikh tertumpu ke negeri Perak. Anutan Sikh menjadi elemen penting untuk menyatupadukan orang Sikh dalam pasukan “Perak Armed Police” (PAP). Inijuga merupakan faktor utama mengapa boleh terjalinnya hubungan yng kukuh di kalangan orang – orang Sikh dalam pasukan keselamatan ini. ( Sushila, 1990:43-44).

Pada kurun ke 20 pula orang Sikh yang berhijrah ke Malaysia mula berkhidmat di sektor kerajaan mahupun swasta. Mereka telah bekerja sebagai jaga, bekerja di sektor pertanian, menternak lembu, menjadi buruh dan peminjam wang ( money lenders).

Penempatan awal orang Sikh di Malaya tertumpu di pantai barat iaitu di Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Bandar – bandar yang menjadi tumpuan orang Sikh termasuklah Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Oleh kerana kumpulan mereka kecil dibandingkan dengan kumpulan etnik yang lain, maka mereka didapati berselerak luas. Jika terdapat lebih kurang dua pulah keluarga di satu – satu kawasan penempatan, maka penempatan itu dikenali sebagai kampung Benggali. Misalannya seperti di Kampung Benggali, Taiping dan Tanjung Rambutan.

Orang Sikh yang termasuk juga golongan orang Punjabi adalah dirujuk sebagai satu “komuniti agama”. Mereka membeza – bezakan satu kumpulan yang lain dengan berdasarkan sistem kasta dan juga pembahagian kawasan. Bahasa ibunda orang Sikh adalah bahasa Punjabi tetapi terdapat banyak dialek yang digunakan oleh mereka di kawasan – kawasan yang berkaitan. Orang Sikh secara umu dapat dikategorikan sebagai “Arora Sikh”, “Jat Sikh”, “Khatri Sikh”, Mazhbi Sikh” mengikut pengkhususan pekerjaan mereka.

Orang Sikh Jat seterusnya dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut pembahagian kawasan di tempat asal nenek moyang mereka di Lembah Indus. Ketiga – tiga kumpulan ini adalah Jat Majha, Jat Malwa dan Jat Doabia, iaitu ketiga – tiga ini merujuk kepada sempadan – sempadan juga cawangan Sungai Indus.

Agama
Pengasas – pengasas agama Sikh muncul apabila negara India sedang berada dalam pengelutan kuasa di antara puak Islam dan Hindu. Perkataan Sikh dalam bahasa Sanskrit “shisya” bermaksud “disciple” manakala dalam bahasa Punjabi, perkataan Sikh bermakna penuntut / penganut. Guru Nanak Dev Ji (1469 – 1539) telah mengasaskan tapak kepada kemunculan agama Sikh. Suasana politik serta keagamaan dan sosial yangtidak menyenangkan di India menyebabkan beliau mencari arah baru untuk membawa keamanan bagi umat manusia. Selepas Guru Nanak meninggal dunia, terdapat 9 orang guru lain yang telah berjasa bagi kaum Sikh.

Kitab suci orang Sikh iaitu “Granth sahib” merupakan sumbangan penulisan Guru – guru Sikh yang dikenali sebagai “Bani” (Artha – artha suci). Namun yang demikian jika ditinjau secara mendalam jelas terdapat sumbangan – sumbangan tokoh – tokoh Islam dan doktrin Hinduisme.

Namun apa yang penting di dalam agama Sikh ialah kepercayaan dalam kesatuan Tuhan dan menyamakan Tuhan dengan “kebenaran” atau “Sach”. Kepercayaan asas di dalam Sikhisme terdapat di dalam “Japji” atau dikenali sebagai “mool mentra”. Setiap penagnut agama Sikh adalah dikehendaki untuk mengetahui “Japji” dan membacanya pada setiap subuh.

Sikhisme menerima teori “karma” atau “reinkamasi” dan setiap individu akan melalui beberapa kali putaran hiudup yang berlainan untuk mencpai nirvana. Adalah dipercayai bahawa terdapat lapan puluh empat ribu juta kali putaran hidup atau “Junn” kesemuanya. Pendek atau panjang putaran yang dilalui oleh seseorang di dalam dunia ini untuk mencapai nirvana adalah bergantung kepada dosa yang dilakukannya. Sikhisme menafikan pemujaan sungai – sungai, dewa –dewa ataupun bertafakur dan adalah sia – sia melakukannya sekiranya minda manusia tidak suci.

Sikhisme menolak sistem kasta dan mengamalkan keseronokan di antara manusia. Walaubagaimanapun, pada praktikalnya kaum Sikh tidak terlepas dari membeza- bezakan di antara satu sama lain. “Gurudwara” atau pintu Tuhan merupakan sahaja kaum yang paling utama di kalangan masyarakat Sikh. Walau di mana sahaja kaum Sikh berada tumpuan utama diberikan kepada penubuhan sebuah “giridwara” sebelum menceburi lain – lain bidang. Kekuatan kolektif orang Sikh adalah berpusat dan berputar sekeliling ‘Gurudwara”.

“Gurudwara” merupakan simbol suci orang – orang Sikh yang harus dihormati kerana di situlah tempatnya kaum Sikh berkumpul untuk mengetahui ajaran Sikh. Di dalam “Gurudawa” semua manusia adalah sama dan layanan yang sama perlu diberikan tanpa mengira kasta, warna kulit, kedudukan sosio ekonomi mahupun kewarganegaraan.

Satu lagi ciri unik dari sudut pandangan agama Sikh ialah peraturan 5K iaitu “kanga”, “kirpan”, “kerah”, “kesh”, dan ‘keshairah”. Lima K ini ialah tanggungjawab setiap orang Sikh untuk menyimpan rambut, memakai sikat khas di rambut, serta memakai gelang khas di tangan kanan , menyimpan ppisau khas serta memakai sejenis seluar khas. Setiap orang Sikh dikehendaki melalui ritus pembaptisan atau mengambil “ amrit” dalam hidupnya sebagai menandakan bahawa beliau telah bersetuju mengikuti pengajaran Guru Grantu Sahib.

Perkahwinan
Sikhisme mengesyorkan hidup berkeluarga atau “ grithstashram” dan berumahtangga. Seseorang Sikh tidak seharusnya hidup terasing malahan perlu untuk berusaha untuk pembangunan komunitinya. Institusi perkauman merupakan satu institusi yang suci dan harus bagi setiap orang Sikh. Melalui perkahwinan kasih sayang di antara dua buah keluarga menjadi rapat.

Perkahwinan dalam masyarakat Sikh adalah di atur oleh ibu bapa dan saudara mara. Ini adalah kerana masyarakat Sikh merupakan satu komuniti yang kecil maka merisik dan menyelidik latar belakang seseorang mudah dilakukan. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan keluarga untuk mencari pasangan hidup yang baik bagi anak – anak. Tambahan pula perkahwinan adalah asas kepada kesedaran kasta.

Waktu yang menjadi pilihan untuk merisik adalah semasa musim – musim perayaan dan upacara sembahyang di “Gurudwara”. Suasana ini memberikan kesempatan kepada golongan yang lebih tua untuk mengetahui latar belakang keluarga, taraf pendidikan, pekerjaan, dan lain – lain hal mengenai gadis atau lelaki. Selalunya pihak gadis akan melamar si lelaki dan bukan sebaliknya.

Walaupun agama Sikh melarang sistem kasta namun masyarakat Sikh yang dikaji hampir keseluruhannya berpegang kuat kepada idea kasta kecuali dalam kes berkahwin campur.

Masyarakat Asli

MASYARAKAT ORANG ASLI

Masyarakat Orang Asli merupakan satu entiti masyarakat Malaysia yang tersebar di selruuh negara di Semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Negeri – negeri yang banyak ditemui kewujudan dan penempatan mereka ialah Pahang diikuti Perak, Kelantan dan seterusnya.

Dari aspek kepercayaan, masyarakat orang Ali didapati mempunyai adat resam dan kepercayaan animisme. Sistem kepercayaan mereka adalah peranan dewa – dewa, keramat, roh dan sebagainya. Pandangan hidup (world view) mereka banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal alam sekeliling di persekitaran yang di diami. Dengan itu hutan rimba, gunung, bukit, petir, dan sebagainya dianggap sebagai mempunyai makna tersendiri bagi kosmologi masyarakat ini. Ini telah membawa perlakuan – perlakuan ritual dan pantang larang dalam kehidupan seharian berdasarkan kepercayaan mereka.

Dari aspek organisasi dan struktur sosial, masyarakat ini masih mengekalkan dan mementingkan sikap kerjasama dan mewujudkan puak yang dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil “batin” yang bertanggungjawab menjaga dan menjamin ketenteraman puak serta menjdi penghubung kepada masyarakat luar. Beliau juga berkuasa menentukan dan menetapkan peraturan berkaitan puak dan menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang dilakuakn oleh ahli – ahli. Di samping itu, komuniti mereka juga berpegang kepada pengantara agama (shaman) atau bomoh yang berperanan dalam menentukan aspek ritual dan penyaluran kepercayaan mereka.

Perubahan yang melanda masyarakat iniada kaitan dengan kepercayaan mereka terhadap animisme yang semakin berkurangan sejak selepas merdeka pada tahun 1957. Ini kerana gerakan dakwah agama agama lain termasuk Islam semakin kuat ke atas masyarakat ini. Namun masih banyak lagi mengamalkan unsur – unsur animisme dan proses sinkretisme dengan agama – agama lain.

Lawatan dan KunjunganLawatan biasa lebih disukai sekiranya dibuat di waktu petang, kerana pada siang hari mereka selalunya sibuk dengan kerja masing – masing. Umumnya msyarakat orang Asli bekerja sendiri seperti berladang, mencari dan menjual barang – barang hutan, menangkap ikan, memburu dan sebagainya.

Apabila sampai di rumah irang yang dilawati, seseorang tetamu itu eloklah menunggu di tepi rumah dan berbuat – buat batuk sepaya di dengari oleh tuan rumah. Panggilan lazimnya dibuat dengan memanggil nama anak sulung tuan rumah. Sekiranya anak sulung tuan rumah itu bernama “Aalang” maka panggilan bolehlah dibuat seperti”….. Bapak Si Alang ada di rumahkah?”.

Petang dan malam adalah waktu untuk berehat dan bersuka ria. Di masa ini tidak ada halangan bagi kawan – kawan dan lain – lain kenalan datang ke rumah. Sekiranya seseorang tetamu sampai ketika tuan ruamh sedang makan maka lebih disukai jika tetamu itu turut makan bersama dengan tuan rumah. Adalah dianggap kurang sopan jika tetamu menolak jamuan yang dihidang oleh tuan rumah. Masyarakat Orang Asli sangat suka sekiranya tetamu mereka sudi menikmati jamuan yang dihidangkan.

Lawatan dan kunjungan ini selalunya ialah untuk berbual – bual atau mendengar kisah – kisah lama. Iniakan mengembalikan ingatan – ingatan manis dan peristiwa – peristiwa yang menarik. Kadang kala, masa – masa seperti ini juga digunakan untuk menuntut ilmu jampi serapah.

Kelahiran
Seorang suami pula kebiasaannya akan terus memberitahu jiran tetangga apabila isterinya hendak bersalin. Adalah menjadi kebiasaan bagi kaum wanita mengunjungi si isteri untuk memberikan pertolongan setakat yang mampu.
Orang – orang Asli tidak suka jika pelawat – pelawat yang datang berkunjung memuji – memuji akan kecantikan tubuh badan si anak yang baru lahir. Adalah dipercayai sekiranya seseorang bayi dipuji – puji dengan kata – kata seperti “… amboi, comelnya bayi ini”, maka hantu – hantu yang berdekatan akan mendengar dan mengambil bayi itu. Keadaan ini terbukti apabila bayi itu sakit, demam dan sebagainya.

Beberapa pantang larang juga perlu dipatuhi oleh seorang ibu yang sedang mengandung. Pantang larang ini juga dikenakan kepada si suami. Di antara pantang larang yang dianggap penting ialah si suami misalnya tidak boleh menjala ikan. Suami dan isteri dilarang memakan daging rusa dan kijang.

Perkahwinan
Adat istiadat nikah kahwin berbeza antara satu suku kaum dengan suku kaum yang lain. Bagi suku kaum Orang Asli di kawasan Selangor misalnya, kedua – dua pangantin terpaksa mendengar nasihat – nasihat yang diberikan oleh sesiapa sahaja yang hadir terutamanya yang diberikan golongan tua mengenai tanggungjawab seorang isteri atau suami. Nasihat – nasihat ini kadangkala mangambil masa berjam – jam lamanya.

Masyarakat orang Asli jarang sekali membuat jemputan secara rasmi ke majlis – majlis perkahwinan. Semua orang yang ada di kampung dan kebanyakkannya dari kampung – kampung jiran lazimnya akan hadir tanpa jemputan secara rasmi. Jamuan nasi akan diberikan kepada sesiapa yang datang sehinggalah bekalan habis.

Kematian
Biasanya apabila diketahui ada kematian di sesebuah kampung kerja – kerja seperti berladang, memburu ataupun membuat rumah akan diberhentikan dengan serta merta. Mengikut kepercayaan sesiapa jua yang meneruskan pekerjaannya setelah mengetahui adanya kematian, ia akan ditimpa malapetaka ataupun jatuh sakit.
Ketika ada kematian, semua kanak – kanak dicontengkan telinga mereka dengan kapur yang telah dijampi. Arang disapu di bulu kening, dada dan di tapak kaki. Dengan cara demikian, segala hantu syaitan yang dipercayai telah membunuh si mati tidak akan mengacau kanak – kanak yang telah memakai “pengandang”. Pengandang ini penting terutamanya di waktu malam.

Mayat si mati selalunya akan diringi ke tempat perkuburan oleh sebahagian besar penduduk kampung berkenaan. Setelah selesai mengebumikan mayat, keluarga si mati akan menghantar makanan serta memasang api di tepi kubur itu pada tiap – tiap hari selama 6 hari. Begitu juga dalam tempoh masa yang sama unggun api yang dipasang di bawah rumah si mati. Pasir halus yang telah dijampi ditabur – tabur di sekeliling dinding rumah dengan tujuan supaya terkena mata hantu yang masih ada lagi di kawasan rumah tersebut. Amalan ini juga diteruskan selama 6 hari kerana roh si mati dipercayai masih berada di kawasan rumah dan kubur dalam jangka masa itu.

Masyarakat Thai

MASYARAKAT THAI
Terdapat orang Thai Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan saudara mereka di Thailand. Tetapi ramai juga dari mereka telah putus hubungan dengan asal usul nenek moyang mereka di Thailand. Adat resam, tradisi dan perayaan agama yang diamalkan oleh orang Thai Malaysia mungkin berasal dari negara Thai. Justeru kerana itu terdapat perbezaan di dalam adat resam yang diamalkan oleh orang Thai Malaysia dan orang Thai di Thailand.


Lawatan dan Kunjungan
Semasa bertemu atau berkunjung, pelawat dan tuan rumah saling bertukar – tukar salam dengan menyebut perkataan ‘sawas – di’ sambil menangkup kedua tapak ta ngan di bawah dagu serta menundukkan sedikit kepala. Semasa bersalaman dengan orang yang lebih tua, kedua – dua belah tangan diangkat ke paras yang tinggi sedikit. Walaupun bagaimanapun, bagi pelawat bukan Thai yang hendak mengetahui cara bersalaman di atas, mereka bolehlah menyeru nama tuan rumah dengan cara yang sopan.

Sebelum measuk ke dalam rumah, pelawat hendaklah menanggalkan kasutnya di muka pintu atau di pangkal tangga kecuali jika tuan rumah membenarkan ia masuk dengan berkasut. Jika pada masa tetamu itu m asuk terdapat tetamu / orang lain di dalam rumah maka eloklah mereka bertukar salam dan saling berkenalan. Kalau tetamu baru terpaksa lalu di hadapan atau di belakang mereka seeloknya tetamu itu menundukkan sedikit kepalanya memberikan hormat dan berkata “ maafkan saya, minta lalu” sambil berjalan pergi ke tempat duduk yang sesuai.

Kelahiran
Setelah berita kelahiran bayi itu disampaikan olehkeluarga yang berkenaan, saudara mara dan sahabat handai akan datang untuk mengucapkan tahniah. Lazimnya mereka membawa buah tangan atau hadiah untuk bayi yang baru dilahirkan.
Adalah dianggap kuarangbaik jika lawatan itu dibuat pada waktu senja. Bayi yang baru dilahirkan itu biasanya tidak boleh dibawa keluar rumah pada waktu senja dan dijaga dengan sebaiknya supaya tidak menangis pada waktu itu. Orang Thai Malaysia tidak berapa suka bayi dipuji dengan perkataan ‘cantik, comel, molek” atau menggunakan perkataan “berat” jika bayi itu subur badannya. Sebaliknya kata – kata seperti “eh, buruknya budak ini” atau “eh, benci melihatnya” boleh diterima.

Tujuh hari selepas bayi itu dilahirkan, satu upacara “naik buaian” akan diadakan. Nasi kunyit serta pulut biasanya disediakan untuk dibahagikan kepada sahabat handai dan saudara mara. Rambut bayi itu akan dicukur dan dia akan dibawa ke upacara “memijak tanah” pada hari yang sama. Bagaimanapun, upacara indak lagi diamalkan sepenuhnya oleh sesetengah ibu bapa.
PerkahwinanOrang – orang Thai Malaysia amat teliti tentang hari dan waktu untuk melakukan upacara perkahwinan. Ini adalah untuk menjamin kesejahteraan hidup kedua – dua pengantin baru itu. Hari dan waktu yang sesuai akan ditetapkan selepas merujuk kepada “Takwim Thai” dan berunding dengan sami – sami Thai, bomoh – bomoh atau orang – orang yang pakar dalam hal ini.

Upacara perkahwinan orang Thai Malaysia berbeza dari tempat ke tempat. Bagaimanapun upacara yang lazim diadakan ialah seperti yang akan diterangkan secara ringkas di bawah ini.
Perkahwinan biasanya diadakan di rumah penagntin perempuan dan upacara ini dilangsungkan oleh seorang bomoh.

Apabila upacara perkahwinan bermula, kedua pengantin baru akan melakukan sembahyang di tempat khas, memohon Lord Buddha menyaksikan perkahwinan iniserta mencucuri rahmat dan kesejahteraan hidup kepada mereka berdua.

Selepas istiadat sembahyang, pasangan pangantin ini akan kemudiannya akan duduk bertimpuh dan menundukkan kepada serta badan mereka ke atas bantal atau bangku rendah yang disediakan khas dan tangan mereka akan bertangkup.

Bomoh kemudiannya akan meletakkan kalung yang diperbuat dari benang hidup ( benang sutra ) atas kepala pasangan pengantin baru ini. Kedua – dua kalung itu dihubungkan pada seutas benang. Hubungan ini menandakan pencantuman hidup mereka itu sebagai suami isteri. Ini diikuti pula dengan perisytiharan oleh bomoh bahawa perkahwinan ini adalah sah mengikut adat resam orang Thai. Bomoh itu akan melafazkan nasihat dan ajaran rukun rumah tangga kepada pasangan pengantin baru itu supaya dapat hidup bersama dengan aman damai sehingga akhir hayat.

Sami – sami yang dijemput khas upacara perkahwinan itu kemudiannya akan membacakan doa selamat sambil merenjiskan air doa serta menaburkan bunga – bunga ke atas pasangan pengantin itu.

Ini disusuli pula dengan upacara menuang air doa. Air doa ini diisikan ke dalam “Hoai Sang” ( sejenis siput) dan dituangkan ke atas tangan pasangan pengantin baru yang sedang bertangkup itu. Upacara iniakan dimulakan oleh ibu bapa kedua belah pihak diikuti oleh orang tua, saudara mara sert jemputan. Upacan tahniah serta kata – kata mengucapkan kebahagiaan mestilah disampaikan kepada pasangan baru itu semasa upacara dilakukan.

Sebagai menandakan tamatnya upacar perkahwinan sembahyang beramai – ramai akan diadakan sekali lagi dengan sami – sami membaca doa selamat serta mayat dari Agama Buddha.
Pada sebelah malam pula jamuan makan akan diadakan.

Kematian
Selepas mendapat khabar tentang sesuatu kematian, saudara mara dan sahabat handai akan menziarah mayat serta meyampaikan ucapan takziah kepada keluarga si mati. Masyarakat Thai mempunyai adat dan cara – cara yang tertentu dalam menguruskan kematian . kerja – kerja mengurus kematian boleh diadakan di rumah si mati atau “Wat”. Walaubagaimanapun, bagi yang mati bagi kemalangan atau terbunuh (dikatakan mati cara dengan cara yang tidak sempurna) mayatnya akan diuruskan di “Wat” dan tidak boleh dibawa ke rumah.

Sebelum dimasukkan ke dalam keranda, mayat mestilah dimandikan. Pakaian untuk mayat dipakai terbalik yakni bahagian depannya akan ditukarkan ke belakang kemudian. Kedua – dua ibu jari kaki serta ibu jari tangan diikat dengan benang hidup (benang sutra). Kedua belah tangan diletakkan tertangkup di atas dada dengan jari – jarinya bersilang seperti gaya bersembahyang. Sebatang lilin, tiga batang “joss stick” serta sekuntum bunga yang diikat, diselitkan di celah telinga sebagai “pembukajalan” semasa mayat itu pergi ke dunia akhirat.
Selepas mayat dimasukkan ke dalam keranda, sami – sami akan dijemput untuk doa.

Mengikut kepercayaan masyarakat Thai, mayat orang dewasa dibakar untuk melepaskan rohnya dari badan. Tetapi mayat ibu yang sedang hamil, mayat kanak – kanak dan juga mayat akibat kemalangan atau terbunuh hendaklah dikebumikan.
Upacara pembakaran lazimnya dilangsungkan di “Wat” atau di tanah perkuburan. Seberapa ramai saudara mara dan sahabat handai si mati digalakkan ke tempat pembakaran. Kayu untuk upacara membakar mayat disusun sebanyak 7 lapis dan keranda diletakkan di atasnya.

Sebelum pembakaran bermula, sami – sami akan membaca doa supaya roh si mati dapat pergi dengan sempurna. Kemudian bomoh akan mengelilingi keranda sebanyak 3 kali dan selepas itu beliau memulakan upacara pembakaran. Ahli keluarga, saudara mara serta para hadirin akan turut menyalakan kayu yang tersusun dengan menggunakan sebatang lilin “joss-stick” serta serpihan kayu yang berbau wangi yang mereka bawa.

Mereka yang hendak pulang dari tempat pembakaran ridak boleh saling ajak – mengajak tetapi patut mengundurkan diri secara diam – diam sahaja. Sekiranya tertinggal apa – apa barang di sana, mereka tidak boleh mematah balik untuk mengambilnya. Setibanya di rumah, mereka mestilah membasuh muka, tangan dan kaki sebelum masuk.

Tiga hari selepas mayat dibakar, keluarga di mati akan pergi mengutip serpihan tulang yang tidak habis dibakar di tempay pembakaran. Serpihan – serpihan itu akan dibersihkan, direnjis dengan minyak wangi serta bedak dan dimasukkan ke dalam balang untuk disimpan di tempat – tempat yang disediakan khas di Wat. Tempat – tempat menyimpan tulang dipanggil “Bua” dan keluarga si mati boleh pergi sembahyang rohnya di sana pada masa – masa yang perlu. Pada malamnya mengutip tulang, sami – smai akan dijemput untuk membacakan doa selamat agar rumah itu terhindar dari sebarang mala petaka.

Masyarakat Cina

Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Pada zaman kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka daripada ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cian ke Malaysia adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu ( 1644 – 1911 ) kerana Manchu merupakan kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan kawasan memberontak kerajaan Manchu dan juga yang paling hampir dengan Asia Tenggara.

Kehidupan yang lebih baik di tanah Melayu juga merupakan faktor yang menggalakkkan kemasukan orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka datang seorang diri tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi gaji yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China atau membawa ahli keluarga datang ke Tanah Melayu. Kedatangan oragnm Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk budaya, agama dan bahasa mereka.

Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha. Walaubagaimanapun, ajaran Konfuciunisme dan Taoisma juga penting kepada masyarakat Cina.
Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah “preservatuon of the state and the preservation of the family” atau dalam perkataan ialah “Hao”. Hal ini jelas dilihat daripada beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng. Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah.
Taosima merujuk kerada “Tao” yang bermakna “way” atau “Principle” iaitu jalan kepada yang wujud. Daripada “Tao” wujud dua prinsip “Yin” dan “Yang”.
Dalam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati.
Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India.

Prinsip agama Buddha, kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana. Manusia mesti memadamkan keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian maka akan bebas dari kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh kepada “cycle of life” iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula.
Lawatan dan KunjunganSemasa mengunjungi rumah orang – orang Cina, tetamu sebaik – baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagaitanda penghormatan kepada tuan rumah.
Minuman ringan selalunya dihidangkankepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab – sebab yang sangat penting.

KelahiranKeluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam bilik ibu, perabut tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali.
Ibu yang mengandung mesti berjaga – jaga supaya tidak terperanjat dengan benda – benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira – kira sebulan selepas bersalin.
Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji “berat badannya”. Sebaliknya kata – kata pujian seperti “gemuk” atau “gemuk macam babi” dapat diterima.

Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah – hadiah itu dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun.

PerkahwinanPerkahwinan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum Cina mahupun keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi perubahan bagi seseorang lelaki. Pda umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah untuk mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan kebenaran untuk menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu, Cina lelaki akan menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai seorang bapa kemudiannya.

Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan apabila kanak – kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat lagi dengan peraturan tradisional bagi seseorang perempuan Cina untuk berkahwin.

Pada waktu dahulu sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua ibu bapa. Tetapi keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun ibu apa masih mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak – anak mereka. Walaupun kini perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib masih dijalankan dan ia merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan masa dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.

  • Terdapat tiga uapcara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu :
  • Perkahwinan sivil dimana bakal perngantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai suami isteri yang sah dari segi undang – undang.
  • Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru memberi teh kepada ahli – ahli keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.

Jamuan makan - Pada jamuan ini semua saudara mara dan kawan – kawan akan dijemput.
Pada kebiasaannya upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja.
Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah pengumuman perkahwinan itu kepada kawan – kawan dan dan saudara mara mereka dengan mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Oleh kerana majlis ini penting maka tetamu – tetamu yang hadir eloklah memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Sebaiknya – baiknya hendaklah dielakkan daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna – warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.


Apabila tetamu berjumpa dengan kedua pengantin baru itu mereka haruslah mengucapkan tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau menyebut perkataan – perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu apabila bertutur dengan kedua pengantin itu.
Warna merah dikalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus dengan kertas berwarna merah.
KematianPelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni sewaktu pergi ke ruamh orang mati. Sebaiknya – baiknya pelawat itu memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.


Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih “ duit keras “ dan lain – lain alat sembahyang untuk diberikan keapda keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan derma atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau sesuatu persatuan menyediakan panji – panji yang ditulis dengan kata – kata pujian kepada si mati.


Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula – gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula – gula yang diberi itu boleh dimakan.

Masyarakat India- Hindu

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu kerana budaya Melayu mengintegrasikan atau adaptasi dari kebudayaan masyarakat India ikut kesesuaiannya. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum.


Lawatan dan Kunjungan

Dalam masyarakat India yang beragama Hindu, membuat kunjungan selok – eloknya dilakukan pada yang sesuai. Misalnya jika membuat kunjungan bagi kali pertama dalam masa Tahun Baru Tamil (Tamil Puthandu) atau mengunjungi rumah orang yang baru berpindah, kunjungan pada hari Ahad atau Selasa atau Khamis adalah dilarang kerana hari itu dianggap kurang baik.
Semasa memberi salam kaum India mengamalkan berbagai caranya tetapi cara yang biasa ialah merapatkan kedua tapak tangan dan mengangkatnya sehingga ke dada. Perbuatan itu sambil mengucapkan kata – kata seperti “ Vanakkam” ( Tamil ), “ Namaste” ( Hindi ) dan “ Sastrigal” ( Sokh )Tambahan pula,ucapan seperti Namaskaram,Namaskar,Vanthanam turut digunakan dalam bahasa yang berlainan seperti kannada,telugu dan sebagainya. Selain itu disertakan juga pertanyaan mengenai kesihatan atau keadaan keluarga, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya.

Sebelum masuk ke dalam rumah, kasut hendaklah dibuka dan ditinggalkan di luar pintu.
Jika tuan rumah menghidangkan minuman atau kuih – muih adalah kurang manis bagi pelawat menolaknya tanpa sebab munasabah. Ia hendaklah sekurang – kurangnya menjamah sedikit.
Apabila benda diberi atau diterima, pemberi atau penerima hendaklah menggunakan tangan kanan. “ Saya pergi” hendaklah dielakkan kerana ertinya seolah – olah pelawat itu tidak ingin datang lagi ke rumah itu. Yang baiknya pelawat mengatakan “ saya akan datang lagi” waktu meninggalkan rumah itu. Biasanya tuan rumah mengiringi pelawat sampai keluar halaman rumah dan mengucapkan “ selamat jalan dan datang lagi” sambil merapatkan kedua belah tangan dan mengangkatnya ke dada.




Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil Sumanggali.
Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari penamaan.


Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai 'seer' diatur ke dalam dulang dalam angka ganjil (1/3/5/7/9 dan sebagainya). Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.

Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya pelita minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih- muih, buah-buahan dan bunga-bungaan. 




Adat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para Sumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil, kunggumam diletak di dahi dan gelang tangan dipakaikan. Makanan yang disediakan juga disuapkan kepada wanita hamil tersebut. Sebagai tanda terima kasih, wanita hamil akan menghadiahkan sirih pinang, kunyit, bunga dan beberapa gelang kepada Sumanggali yang menjalankan upacara ini.
Seterusnya upacara aaratti dijalankan iaitu dengan menyediakan air kunyit yang dicampurkan kapur sirih dan diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih diletakkan di tengah-tengahnya. Kapur barus dihidupkan di atas sirih tadi. 


Dulang diangkat oleh tiga orang Sumanggali dan diputar mengikut arah jam dan dilambai sebanyak tiga kali di hadapan wanita hamil tersebut. Salah seorang Sumanggali akan mencelup ibu jarinya ke dalam air aaratti dan menyapunya ke dahi wanita hamil itu. Setelah itu, isi dulang aaratti dibuang di hadapan pintu rumah.
Seterusnya wanita yang hamil itu akan memakan salah satu nasi yang disediakan. Nasi-nasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnya dibungkus dengan kain putih dan disimpul. Wanita hamil itu diminta membuka salah satu bungkusan yang diingini. Jika bungkusan yang dibuka adalah nasi manis, dipercayai anak yang bakal lahir adalah perempuan, sebaliknya pula adalah lelaki.
Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin. Upacara valaikaappu ini masih diterima dan diamalkan masyarakat India tetapi disesuaikan mengikut faktor ekonomi, pendidikan dan struktur lapisan masyarakat.

Kelahiran

Setelah bayi dilahirkan si bapa akan memberitahu saudara mara dan sahabat handai tentang kelahiran tersebuut secara lisan atau melalui surat. Selama 16 hari semenjak bayi dilahirkan keluarga itu dianggap tidak suci.
Suatu upacara diadakan pada hari yang ke 16 (Pathinaaru) untuk merasmikan penamaan anak itu. Pada hari itu rumah dan buaian dihias dan satu kenduri khas diadakan untuk para jemputan.

Nama yang akan diberikan kepada bayi itu biasanya dipilih dengan teliti setelah dirujuk kepada takwim Hindu dan menentukan bintang hari kelahirannya (Jenma Nakshathiram,Jenma Laknam,Jenma Raasi).Elemen ini akan dikaji dengan menggunakan masa kelahiran.hari kelahiran serta tarikh kelahiran)

Nama yang diberikan kepada bayi itu bermula dengan huruf yang bersesuaian dengan bintang tersebut.
Waktu memberi nama bayi akan dipangku oleh orang tua – tua bergilir – gilir dengan iringan lagu – lagu yang dinyanyikan oleh kaum wanita. Saudara mara yang datang biasanya menghadiahkan gelang tangan dan gelang kaki. Pada suatu hari yang sesuai ( misalnya hari yang ke 30 ) bayi itu akan dibawa ke kuil di mana satu majlis kesyukuran diadakan.


Perkahwinan (Thirumanam /Kalyanam)

Sehari sebelum hari perkahwnan 'Muhurtha kaal' (Pokok mangga /kayu yang disapu kunyit dan diletak kum kum serta diikat dengan daun mangga,tharpai pul dengan menggunakan kain berwarna kuning atau merah, akan ditanamkan menandakan suatu upacara yang baik akan diadakan di rumah tersebut.

Bagi kaum India, perkahwinan juga merupakan peristiwa yang penting.Ianya boleh berlangsung tanpa mengadakan jamuan mewah dan sebagainya tetapi,perkahwinan tidak akan sempurna tanpa benang kunyit (Thaali) dimana ianya sebagai simbol penyatuan pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Thaali akan diikat dileher pengantin perempuan sebagai tanda pengantin tersebut telah menjadi isteri yang sah kepadanya dan mereka boleh melahirkan zuriat secara halal. Selepas upacara kemuncak tersebut,mereka akan meminta restu dari kedua-dua ibubapa mereka dan juga Tuhan yang menjadi saksi bagi perkahwinan mereka.

Ini merupakan hari yang amat penting dalam kehidupan seorang yang beragama Hindu dimana mereka akan mengenakan warna yang menandakan keceriaan dan terang (Mangalakaramaana niram) dimana,pengantin lelaki akan mengenakan dhoti dan jippa yang diperbuat daripada sutera dan berwarna puthi keemasan (Paddhu veashti).Disamping itu,pengantin perempuan kebiasaanya memakai sari sutera (Paddhu saaree) yang berwarna Merah,Santhanam (Warna Cendana),Kuning.

Warna lain seperti Hijau dianggap akan membawa kepada kepahitan hidup,Biru(Kehidupan akan membawa kesedihan),Putih(Dilarang dipakai oleh seorang gadis yang belum berkahwin,bersuami,pada hari perkahwinan) Putih dianggap sebagai warna yang suci dan hanya orang yang telah habiskan kehidupan duniawi harus memakainya,jadi tidak dibenarkan bagi pasangan yang baru hendak memulakan perjalanan kehidupan mereka. Wanita berkahwin dianggap sebagai 'Sumangali'.
Selepas acara kemuncak tersebut,majlis akan dimeriahkan lagi dengan mengadakan upacara pemakaian 'Minju' (Cincin kaki) sambil melihat bintang arunthati,iyer akan bertanya kepada pengantin lelaki : Adakah awak nampak bintang arunthathi? dan pengantin lelaki harus menjawab ya,saya nampak.Menandakan dia sanggup memberi penghormatan yang setimpal dengan pasangannya dengan meminta Bintang Arunthathi sebagai saksi (Bintang arunthathi mempunyai suatu kisah dimana ianya ialah insan biasa dan isteri yang taat kepada suami dan telah menjadi idola kepada semua pengantin yang beragam Hindu dan wajib melihatnya supaya dapat hidup seperti bintang tersebut.


Segala istiadat yang dilakukan dipercayai bertujuan menjamin kesejahteraan kedua pengantin dan keluarga mereka.
Upacara perkahwinan dikatakan mendominasikan kehidupan sosial masyarakat Hindu dan memainkanperanan penting dalam agamanya. Ini adalah kerana masyarakat Hindu menganggap perkahwinan sebagai upacara keagamaan yang menghubungkan sistem keagamaan dengan struktur dan ekonomi masyarakat.
Upacara perkahwinan dianggap sebagai satu upacara yang agak meriah dan menelan belanja yang banyak serta merupakan tempat penemuan mereka dari kasta yang sama dan juga mereka yang kasta berlainan. Upacara perkahwinan iniadalah satu upacara yang sangat penting dalam masyarakat hindu, di mana menurut beliau , ibu bapanya sanggup berhutang untuk menjalankan perkahwinan agar meriah.
Perkahwinan dikatakan meninggikan status seseorang lelaki. Mereka haruslah menghasilkan zuriat kerana jika tidak seorang lelaki itu akan dipandang rendah oleh masyarakat. Jika seseorang wanita gagal melahirkan zuriat maka lelaki bolehlah berkahwin lagi. Status wanita pula dikatakan selalunya rendah daripada lelaki, maka wanita haruslah dilindungi oleh lelaki dan tanggungjawab wanita adalah untuk melahirkan anak dan memuaskan nafsu lelaki ( Srinivas, 1970 : 47 ).
Bagi seseorang wanita perkahwinan pada kali kedua adalah dilarang sama sekali. Pada zaman dahulu wanita – wanita yang kematian suaminya akan dibakar bersama suaminya. Keadaan ini sedemikian biasanya wujud di kalangan mereka yang dari kelas atasan atau raja.
Walaupun perkahwinan semula wanita yang kehilangan suami ini dilarang dalam amalan masyarakat Hindu dari kelas atasan namun kini didapati kebanyakan ahli kasta ini membenarkannya. Perkahwinan kedua bagi seseorang wanita biasanya diadakan secara sederhana sahaja manakala seseorang lelaki boleh memilih sama ada perkahwinan itu perlu sederhana atau sebaliknya.

Mencari Jodoh

Biasanya apabila sesebuah keluarga mempunyai anak lelaki atau perempuan yang sudah dewasa untuk mendirikan rumah tangga, maka ibu bapa akan mula mencari jodoh. Bagi seseorang lelaki, apabila menjangkau usia 25 tahun, dia dianggap sudah boleh mendirikan rumah tangga.

Manakala bagi seseorang perempuan pula umur 21 tahun ke atas sudah layak berkahwin. Dari kajian penulis sendiri di dapati purata umur ( 3 Kajian telah dilakukan ) pengantin perempuan berumur lebih daripada 23 tahun manakala pengantin lelaki pula lebih daripada 28 tahun.
Dalam mencari jodoh ini ibu bapa yang mempunyai anak yang boleh dikahwinkan biasanya mendapat pertolongan orang tengah atau “broker perkahwinan” untuk mendapatkan jodoh yang sesuai bagi anak mereka. Ada juga di antara mereka yang mendapatkan pertolongan saudara mara dalam usaha mencari jodoh ini. Mereka juga akan memberitahu syarat – syarat atau kriteria – kriteria yang harus ada pada bakal menantu mereka. Misalnya dari segi pelajaranm, paras rupa yang cantik, latar belakang atau keadaan kewangan yangstabil dan sebagainya.
Biasanya pihak lelaki yang lebih cenderung mencari jodoh bagi anak mereka berbanding dengan pihak perempuan. Pemilihan jodoh ini adalah biasanya diatas kesukaan ibu bapa dan adakalanya adalah pilihan anak mereka. Selain daripada itu, mereka juga cuba mencari pasangan dari kasta yang sama. Menurut seorang informan, jika berkahwin dengan kasta yang berlainan ianya boleh menjejaskan amalan keluarga. Masyarakat Hindu menggalakkkan perkahwinan di kalangan saudara mara untuk menjaminkan kedua pasangan adalah dari kasta yang sama. Perkara ini biasanya boleh dilihat dalam proses mencari jodoh bagi mereka dari kasta yang tinggi seperti Brahmin.
Dalam prosedur pemilihan yang melibatkan “broker” pula apabila “broker” dapat mencari jodoh yang dianggap sesuai, maka proses merisik akan dilakukan. Ibu bapa pihak lelaki ini akan cuba merisik tentang jodoh yang dipilih. Misalnya rupa paras, pendidikan dan umur. Latar belakang keluarga dan juga kedudukan kewangan keluarga gadis ini. Mereka berbuat demikian untuk memastikan gadis ini adalah sepadan dengan anak lelaki mereka dalam setiap aspek. Jika tidak, biasanya jodoh ini ditolak atau dikenakan bayaran mas kahwin yang sewajarnya.
Melihat Gadis sebelum pihak lelaki datang untuk melihat gadis, keluarga gadis akan diberitahu terlebih dahulu oleh “broker” di mana proses ini akan diteruskan apabila pihak gadis setuju dengan pilihan broker ini. Rombongan pihak lelaki akan ke rumah gadis pada satu hari yang dianggap sesuai oleh kedua – dua pihak. Biasanya ahli – ahli kluarga yang terdekat sahaja yang akan mengikuti rombongan pihak lelaki ini dan lazimnya mereka tidak akan membawa sebarang buah tangan bersama mereka kerana ianya cuma sebagai lawatan biasa sahaja.
Apabila sampai di rumah, keluarga pihak lelaki akan dijemput masuk oleh kedua ibu bapa atau keluarga gadis terseut. Gadis yang dipilih akan dihidangkan minuman di mana dengan berbuat demikian pihak lelaki secara tidak langsung akan berpeluang melihat gadis itu. Jika mereka suka dengan gadis itu, maka hasrat mereka akan dinyatakan. Kalau tidak berkenan mereka biasanya akan menghantar orang ketiga atau broker untuk menyatakan ketidakinginan mereka dengan cara yang sebaik mungkin agar tidak menyinggung perasaan pihak perempuan. Setelah pihak lelaki bersetuju dengan pilihan, maka proses penilikan akan dilakukan.
Menilik (Jodi Porutham)

Proses menilik ini akan dilakukan secepat mungkin mengikut kehendak kedua pihak selepas pihak lelaki bersetuju dengan jodoh yang dipilih. Biasanya ibu bapa yang akan pergi menilik.

Tilikan ini dilakukan oleh sami di kuil ( iyer ) atau tukang tilik ( johsier ). Dalam penilikan ini, surat penilikan kedua – dua bakal pengantin akan dilihat. Surat tilikan ini adalah surat yang mengandungi segala maklumat tentang seseorang itu, biasanya ditulis oleh sami di kuil berdasarkan waktu kelahiran seseorang itu. Ianya akan memberikan unjuran tentang kehidupan seseorang itu, malah nama seseorang juga dipilih bersasarkan tilikan ini. Surat ini akan dibawa kepda tukang tilik setiap kali berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan seseorang seperti waktu kematangan, perkahwinan dan sebagainya. Jika serasi maka jodoh ini dianggap sepadan. Setelah proses menilik ini dijalankan dan di dapati pasangan ini adalah secocok maka kedua piahk ini akan menentukan tarikh perkahwinan. Suatu upacara khas akan diadakan bagi tujuan ini.

Penentuan Hari Pertunangan dan Perkahwinan (Nichaya Thaartha Muhurtham / Kalyana Muhurtham)

Upacara ini biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan bersandarkan suatu tarikh yang ditentukan oleh (sami atau pandithar) mengikut tilikan beliau mengikut panjaangam (Lima elemen). Ianya diadakan secara kecil – kecilan sahaja di mana para tetamu terdiri daripada ahli keluarga yang terdekat, sami serta kawan – kawan rapat sahaja. Keluarga si gadis akan memasak bagi upacara ini memandangkan tidak ramai yang dijemput bagi upacara ini.
Pihak lelaki akan membawa bersama mereka hantaran bagi pengantin perempuan dalam talam – talam yang berisi dengan barangan seperti kum –kum, cendana, kelapa, sirih pinang dan buah – buahan misalnya oren, epal, pisang dan buah anggur. Setibanya rombongan pihak lelaki ini, mereka akan disambut oleh ahli keluarga pihak perempuan dan dijemput di atas tikar – tikar yang sedia ada di ruang tamu bagi para tetamu. Semua yang hadir bagi upacara ini akan duduk di atas lantai. Pihak lelaki akan meletakkan talam – talam yang dibawa ini ditengah – tengah ruang tamu ini dan biasanya mereka yang datang akan duduk disekelilingnya. Kemudian sami akan menjemput wakil dari kedua – dua pihak ( biasanya bapa kedua bakal pengantin ) dan wakil pihak lelaki akan menyerahkan talam – talam yang dibawa oleh pihak lelaki kepada wakil pihak perempuan. Penyerahan talam – talam oleh pihak lelaki dan penerimaannya oleh pihak perempuan menunjukkan bahawa jodoh telah diterima oleh kedua – dua pihak.
Setelah itu, kedua – dua pihak akan berbincang tentang penentuan tarikh perkahwinan. Ini dilakukan berdasarkan kepad atarikh yang dianggap baik dan biasanya diperolehi daripada penilikan yang dilakukan pada surat tilikan kedua bakal pengantin. Bagi tujuan ini mereka akan mendapatkan bantuan sami yang memberikan tarikh – tarikh yang sesuai mengikut tilikan beliau. Selain daripada itu, kedua pihak juga akan membincangkan tentang pembayaran mas kahwin (Varathakshanai) oleh pihak perempuan. Biasanya jumlah permintaan 'varathakshani' adalah jumlah yang mampu dibayar oleh pihak perempuan namun terdapat juga di antara mereka yang meminta jumlah yang tinggi menyebabkan sesuatu perkahwinan ini ditangguhkan ataupun menyebabkan pihak perempuan terpaksa meminjam wang bagi melangsungkan perkahwinan mereka.
Pembayaran ini adalah kerana si gadis ini adalah dari kasta yang lebih rendah daripada pembayaran mas kahwin, kedua – dua pihak juga akan membincangkan jumlah emas serta hantaran ( dalam bentuk barangan keperluan dan set bilik tidur ) yang sanggup diberi oleh bakal pengantin perempuan. Apabila semua syarat ini dipersetujui, maka mereka menentukan tarikh pertunangan dan perkahwinan. Upacara menentukan tarikh perkahwinan ini diakhiri dengan satu jamuan bagi para tetamu di mana masakan ini akan di sediakan oleh pihak perempuan.
Pertunangan (Nichaya Thaartham)

Upacara pertunangan ini diadakan di rumah pengantin perempuan dan dalam upacara ini juga hanya saudara masa dan kawan – kawan rapat sahaja dijemput. Pihak perempuan sekali lagi bertanggungjawab menyediakan makanan bagi para jemputan dan biasanya bagi upacara ini juga pihak perempuan akan memasak di rumah mereka sendiri.
Upacara pertunangan biasanya diadakan beberapa bulan sebelum perkahwinan. Dalam ketiga – tiga upacara yang dikaji, upacara pertunangan ini telah diadakan dua bulan sebelum perkahwinan, bagi upacara ini pihak lelaki akan membawa talam – talam berisi sari pertunangan, sirih, pinang, kelapa, cendana, kum – kum, barangan kemas, bunga melur, alat solek, pisang, gula batu dan kalung bunga untuk diberikan kepada pengantin perempuan.

Jumlah barangan kemas ( jumlah ini bergantung kepada apa yang dijanjikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan dalam upacara menentukan tarikh perkahwinan seta kemampuan pihak lelaki ini ).
Barangan ini dibawa dalam talam yang biasanya dalam angka ganjil seperti tujuh, sembilan atau sebelas. Angka ganjil dianggap bertuah dalam masyarakat Hindu dan menandakan amalan yang baik.
Kematian

Mengikut adat orang Hindu, saudara mara si mati apabila datang menziarahi bolehlah membawa kain putih yang baru. Sahabat handai boleh membawa kalungan bunga.

Waktu hendak pulang atau meninggalkan rumah si mati, pelawat tidak dibenarkan mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada sesiapa pun yang ada di dalam rumah itu.

Semasa mayat masih ada, kerja memasak dilarang di rumah itu. Kaum wanita tidak dibenarkan mengiringi mayat ke tempat membakar mayat. Sebelum kereta keranda bertolak dari rumah, wanita dari kaum keluarga mengelilingi kereta itu tiga kali.

Setelah kereta itu ditolak, rumah dicuci dan semua orang di rumah mestilah dimandikan. Sebuah pelita dinyalakan sehingga selesai istiadat yang diadakan pada hari yang ketiga puluh satu.

Mengikut kepercayaan orang Hindu, mayat orang dewasa dibakar untuk dilepaskan rohnya dari badan. Tetapi mayat ibu yang mengandung dan juga kanak – kanak hendaklah dikebumikan. Pembakaran atau pengebumian dilangsungkan dalam tempoh 24 jam selepas kematian berlaku.

Sebelum upacara pembakaran dilangsung, biasanya saudara mara dan sahabat handai dipersilakan menawar beras ke mulut si mati.


Isteri yang kematian suami diberikan pakaian putih menandakan dia sudah menghabiskan kehidupan dan telah bebas dari kehidupan sebagai pasangan suami isteri di dunia ini.Dia juga akan dipadamkan kum kum dari dahi menandakan tiada lagi tanda suci (Amangali) dan dipecahkan gelang tangan serta tidak dibenarkan melihat cermin dan tidak boleh menghias diri.

Kesemua cermin dan gambar dewa-dewi ditutup sebagai tanda berkabung dan dipercayai bahawa roh simati akan berada dirumah itu sehingga ke hari terakhir iaitu 31 selepas kematiannya dan supaya tidak ada gangguan aura Tuhan yang menghalang kemasukkan roh dan semangat ke sesebuah rumah tersebut.Selepas berkabung selama 31 hari,ahli-ahli keluarga akan membuka tirai Altar (Pooja Medhai/Pooja Arai/Saamy Medhai) dan bersihkan rumah,merenjis air kunyit bagi membuang sial dan nasib tak baik sambil menjemput kedatangan 'Mahalakshmi' (Dewi yang boleh memberikan keceriaan dan khabar baik) bagi memulakan bulan dan hari yang baik.
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman.
Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.
Upacara Menanggalkan Thaali
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si isteri hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolah-olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.
Upacara Vaaikkarisi
Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.
Kollic Catti
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri
http://malaysiana.pnm.my/01/01030301ind_kematian.htm
Pengebumian
Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan menggunakan pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad. Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan. Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut Dewi Bumi. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ.
Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat. Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati. Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur. Satu lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan dicurahkan pada lubang tersebut. Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut. Selesai upacara tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara penyempurnaan adat pengebumian sebelum balik ke rumah.
http://malaysiana.pnm.my/01/01030302ind_kebumi.htm

Selepas Kematian

Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut akan dilakukan.
Membersihkan Rumah
Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. lampu minyak dinyalakan dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan diri selepas upacara pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak sentiasa dinyalakan. selain itu debu suci dan garam disertakan. Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh garam dan menyapu pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang berada di dalam baldi digunakan untuk mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah upacara pengkebumi. Bagi mereka yang membawa kollic catti akan pulang ke rumah untuk melakukan upacara kollic catti. Pembawa kollic catti hendaklah mandi di sungai atau kolam dan kemudian barulah boleh masuk ke rumah. Ini adalah menunjukkan tamatnya upacara kollic catti.
Mengumpul Abu Mayat
Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan harinya. Susu terlebih dahulu disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu bahagian kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain dimasukkan ke dalam periuk yang berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam pengurusan abu mayat di kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut.
Berkabung
Masyarakat India seperti juga masyarakat lain akan berkabung selepas berlakunya sesebuah kematian. Tempoh mula berkabung samada lapan atau enam belas hari selepas kematian. sekiranya mereka berkabung selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan sahabat-handai akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai jenis juadah tradisional termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa untuk dipersembahkan kepada si mati. Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau dinding dan kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut pula dinyalakan lampu minyak dan bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan meminta Tuhan supaya melindungi si mati. pada masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci dimainkan. setelah itu makanan dihidangkan kepada para tetamu.
Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaati iaitu hari bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si mati dihias dengan cantik dan seorang pedanda dijemput untuk upacara sembahyang. Batu-bata diikat dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan dengan air, susu, air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan batu-bata itu dinamakan sebagai kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali sembahyang, makanan dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang pertama dilakukan pada pukul sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan pada pukul dua belas malam dan yang ketiga pada awal pagi. Hari berikutnya pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti keranda. Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati sentiasa dalam keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, pedanda akan dibayar dengan upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini, berakhirlah upacara karumaati.
http://malaysiana.pnm.my/01/01030303ind_lepasmati.htm






Masyarakat Melayu

Pelbagai pendapat tentang erti etimologi perkataan “Melayu”. Ada yang berpendapat bahawa perkataan Melayu berasal daripada perkataan “ Malaju ”. Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju yang bermakna cepat, deras dan tangkas.Daripada sebutan tersebut dapat diberikan pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas, cerdas, segala tindak tanduk mereka cepat dan deras.Menurut orang tua dikampung,perkataan Melayu berasal dari perkataan tamil 'Malai'
bermaksud bukit dan 'Malaikarar' yang bermaksud orang bukit,dimana orang Melayu berdagang dari bukit ke bukit pada masa dahulu.

A.H Keane, ahli antropologi berpendapat bahawa bangsa Melayu berasal daripada campuran antara bangsa Kaukasus dengan bangsa Mongol. Pendapat ini berdasarkan teori yang mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari daerah utara Asia Tenggara seperti tersebut.

Justeru itu, takrif orang Melayu jika dilihat dari segi sosial dan budayanya yang lebih luas, meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan pulau – pulau Melayu atau Nusantara. Oleh yang demikian kelompok – kelompok bangsa Melayu amat besar di dunia.

Adat Melawat dan Berkunjung

  • Berikut beberapa panduan mengenai adat resam orang Melayu berhubung dengan lawatan dan kunjungan.
  • Bagi pengunjung beragama Islam apabila tiba di rumah yang dikunjungi hendaklah memberikan salam dengan ucapan “Assalamualaikum”.
  • Sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu, pengunjung hendaklah menanggalkan kasut.
  • Jika pada masa itu telah ada tetamu lain, pengunjung hendaklah mengenalkan diri dan menundukkan sedikit kepala tanda hormat sambil berjabat tangan.
  • Apabila seseorang ingin berjalan lalu dihadapan datu kumpulan atau perhimpunan orang ramai hendaklah menundukkan sedikit kepada dengan menghulkurkan sebelah tangan.
  • Ucapan – ucapan yang sesuai bagi maksud ini ialah ‘ maafkan saya, tumpang lalu, minta jalan’.
  • Adalah menjadi kebiasaan rumah Melayu , secara tradisinya, tetamu dan tuan rumah dudk bersila. Bagi orang lelaki duduknya bersilang kaki dan bagi orang perempuan bersimpuh.
  • Jika duduk di kerusi ia adalah dianggap kurang sopan apabila seseorang itu bersilang kaki sehingga nampak tapak kaki, berlunjur lurus ataupun membuka kaki dengan luas.
  • Apabila tuan rumah menghidangkan makanan adalah tidak manis tetamu menolaknya.
  • Jika sudah kenyang sekalipun hendaklah ia merasa sedikit hidangan yang disajikan itu.
  • Anak gadis dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua. Jangan senduk terlalu penuh atau sedikit tetapi sederhana banyaknya. Biarkan orang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah orang muda kerana tidak sopan membiarkan ornag lebih tua memakan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang menyediakan peraturan orang muda makan berasingan daripada orang tua atau orang tua makan dahulu. Bagaimanapun amalan ini tidak begitu sesuai jika kita mahu menanamkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anak – anak.
  • Seeloknya ambillah hidangan yang berhampiran dengan kita jangan menjangkau makanan yang terletak jauh dan sukar dicapai. Jika kita berkehendakkan makanan yang sukar dicapai mintalah bantuan orang lain yang berdekatan.
  • Ketika menghulur atau menyambut seeloknya siku atau pergelangan tanggan ditampung sedikit dengan tangan sebelah lagi. Ketika menyenduk kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. Bunyi ketika menyenduk dianggap kurang sopan dan kasar. Jangan bercakap ketika makan apatah lagi ketika mulut penuh.
    Jika bercakap pastikan tidak menimbulkan perkara – perkara kurng menyenangkan sehingga boleh menganggu selera makan atau menyebabkan pertengkaran.
  • Jangan makan berbunyi umpamanya menghirup minuman, mengunyah makanan, menghembus hingus berkahak atau ludah.
  • Jangan makan sehingga sendawa, makanlah ala kadar atau mengalas perut semata – mata.
  • Jika habis makan dahulu, jangan sesekali mengangkat pinggan dan terus berehat ke tempat lain, meninggalkan orang sedang makan. Seeloknya tunggu dan pastikan semua sudah selesai barulah bangun.
  • Jika mahu mengemas tempat makan pastikan semua ornag sudah selesai makan. Tidak sopan kalau mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan, seolah kita menyindirnya supaya berhenti makan atau melarangnya menghabiskan sisa – sisa hidangan.
  • Jangan datang waktu makan atau waktu magrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia hanya masak secukupnya untuk keluarganya. Waktu magrib pula waktu sembahyang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk melayaninya atau meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu, seeloknya datang selepas waktu sembahyang Isyak. Sebaiknya bawalah sedikit buah tangan sebagai tanda ingatan.
  • Bagi pengunjung yang merokok elakkan dari membuang habuk rokok ke dalam piring atau dalam mana – mana bekas walaupun bekas itu hanya mengandungi sisa makanan.
  • Untuk memanggil tuan rumah, berilah salam dan kemudian berjabat tangan. Amat biadap jika memanggil ‘oi’ sahaja. Jika lelaki bertandang sendirian, janganlah masuk ke rumah itu atau lebih baik pulang sahaja jika mendapati suami atau orang lelaki lain tiada di rumah ataupun isteri tuan rumah itu keseorangan. Ini untuk menggelakkan fitnah. Begitu juga sebaliknya jika wanita bertandang sendirian dan mendapati iteri tuan rumah tiada di rumah.
  • Jika orang – orang tua duduk di lantai, janganlah yang muda duduk di atas kerusi.
  • Duduklah sama – sama dilantai.
  • Kepala mestilah dihormati. Biar akrab sekalipun, jangan sesekali bergurau dengan mengetuk, menunjal atau menepis kepala kawan kerana perbuatan ini dianggap biadap.
  • Tutup mulut dengan belakang tangan bila menguap. Orang muda atau anak muda dilarang menyampuk ketika orang – orang tua berbual melainkan sekiranya ditanya atau diminta berbuat demikian. Seeloknya huluran tangan bersalaman lebih manis didahului oelh orang muda. Bongkokkan sedikit badan dan cium tangan orang yang lebih tua.
  • Jangan menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu. Keempat – empat jari kelingking, manis, hantu dan telunjuk hendaklah digengam dan gunakan ibu jari sebagai penunjuk. Gunakan tangan kanan.
  • Bagi lelaki, jangan duduk bersilang kaki hingga menampakkan tapak kaki atau tapak kasut terutamanya jika berhadapan dengan orang tua.
  • Gunakan talam kalau menghidangkan makanan dan minuman. Jangan ditatang begitu sahaja kepada orang. Hulurlah ke tangan orang itu sendiri sehingga ia disambut.
  • Kaum perempuan terutama anak gadis tidak dibenarkan ketawa berdekah – dekah sehingga menarik perhatian orang sekeliling. Baik mengawalnya sekalipun geli hati.
  • Jangan bersiul terutamanya ketika berada dalam rumah kerana perbuatan itu dianggap biadap dan tidak menghormati ornag lain.
  • Gunakan nada suara sederhana bila bercakap terutamanyaa golongan muda. Jangan sesekali meninggikan suara seperti orang menengking.
  • Jika hendak bercakap sesuatu kepada orng yang berada agak jauh dari kita, hampirilah dia jangan bercakap dengan menjerit – jerit dati satu sudut ke satu sudut.
  • Seorang isteri seeloknya bangun dan masuk tidur awal daripada suami. Lebih sopan kalau tidur menghadap suami bukan membelakanginya.
Menyambut Kelahiran
Apabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang terpaksa dilalui. Secara umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dan keselamatan bakal ibu dan janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan mahkluk halus.
Dalam masyarakat Melayu pada pendapat umumnya menyatakan wanita hamil yang sentiasa gembira akan melahirkan bayi yang riang dan terhindar dari segala kecelakaan. Jadi wanita yang mengandung dielakkan dari mendengar, melihat dan bercakap perkara – perkara yang buruk. Antara adat menyambut kelahiran ialah seperti:

  • Menempah bidan
  • Menjamah perut
  • Melenggang perut
  • Mandi melenggang perut
  • Mengadap semangat
Menempah Bidan
Setelah genap tujuh bulan seseorang wanita mengandung, mertua wnita tersebut akan bersiap sedia dengan berbagai alat untuk melenggang per serta menempah bidan. Masa yang baik selalunya pad ahari Khamis malam Jumaat. Maka pada hari tersebut mertua wanita yang mengandung akan bersiap menghias rumah seperti menggantung langsir, langit – langit dan membentangkan hamparan yang indah serta menjemput sanak saudara kaum keluarga.
Biasanya adat ini dilakukan pada akhri bulan antara dua puluj satu hingga dua puluh sembilan hari bulan Islam. Mas ayang sebaiknya ialah pada hari Rabu dan Khamis. Hari Selasa merupakan hari yang tidak sesuai untuk menempah bidan lebih lagi sekiranya pada hari tersebut ada berlaku kematian di kalangan keluarga mereka.
Upacara menempah bidan selalunya dilakukan untuk wanita yang mengandung anak sulung sahaja. Tujuan upacara bagi menentukan bidan yang bertanggungjawab untuk menyambut kelahiran bayi nanti. Adat menempah bidan ini dilakukan untuk merasmikan bahawa bidan tertentu dapat menguruskan kelahiran bayi.
Jikalau tempahan tidak dilakukan dikhuatiri bahawa bidan – bidan yang ada di kawasan tidak dapat menolong wanita yang hendak bersalin kerana keengganan mereka sendiri yang tidak menempah dari awal atau kerana ada tempahan lain pada masa yang sama.

Seandainya penempahan bidan tidak dilakukan terlebih dahulu atau bidan yang ditempah tidak dapat hadir di waktu bersalin dan diganti oleh bidan lain, ia kenali sebagai ‘bidan tarik’. Kejadian bidan tarik ini sangat dielakkan kerana dipandang sebagai satu sikap yang tidak sopan atau hormat dan kurang budi bahasa.
Sekiranya berlaku, bidan tidak mahu pergi membidan maka beliau tidak dapat disalahkan dari segi at. Terdapat kejadian yang melibatkan bidan yang tidak mahu pergi ke tempat beralin kerana tidak dikirim sirih dahulu kerana baginya segala ilmunya akan menjadi tawar. Jika ini berlaku, terpaksalah dipanggil bidan lain yang lebih bersimpati dan tidak terikat sangat dengan palarang. Upah yang dikenakan oleh bidan yang ‘ditarik’ adalah lebih mahal dari kebiasaannya.
Adat menempah bidan juga dikenali sebagai adat kirim sirih. Adakalanya adat berkirim sirih ini dilakukan terhadap dua atau tiga orang bidan kerana dikhuatiri apabila saat – saat bersalin bidan yang sudah dahulu dikirim tidak dapat hadir kerana bertugas di tempat lain.
Adat menempah bidan ini dilakukan oleh mertua wanita yang mengandung sulung dengan membawa tepak sirih atau cerana. Di antara bahan – bahan yang dimasukkan bersama tepak sirih itu ialah sirih sebanyak 10 hingga 20 helai, kapur dibungkus di dalam daun sirih sebanyak 3 bungkusan, pinang yang telah dikupas sebanyak 3 biji dan telah dikacip nipis, gambir sebanyak 3 keping, tembakau dan wang sebanyak 50 sen hingga seringgit sebagai pengeras.
Pada zaman dahulu upacara menempah bidan dilakukan pada waktu malam yang telah dipilih khas. Ramai orang kampung dijemput termasuk Tuan haji, Pak Lebai, Tok Imam, Tuan Khatib dan lain – lain ke rumah ibu bapa wanita yang mengandung. Mula – mula para hadirin dijemput makan sirih kemudiannya diangkat segala makanan dan dijamu.
Setelah menjamu makanan dan makan sirih, persiapan mula dibaw ketengah majlis. Kemenyan dibakar untuk menjauhi kuasa – kuasa ghaib. Empat biji buyung air mandi yang dililit dengan kain putih dan ditutp dengan nyiur, berawan dan ditabur dengan aneka jenis bunga yang indah – indah. Bapa atau waris kepada wanita mengandung akan menyatakan :
Tuan serta datuk – datuk dan sanak sekalian. Saya ini ada hajat sedikit hendak maulud bagi junjungan kita dengan salla alaihi wasalam akaekerjaan mansi dan melenggang perut menantu soya mi menempah bidannya sekali. ( Thomas Frazer, 1962, hal.80 )
Kepada bidan yang ditempah seandainya diterima tapak sirih tersebut bermakna bahawa bidan tersebut bersedia membantu apabila wanita yang mengandung telah sampai waktunya untuk melahirkan anak. Dalam erti kata lain penerimaan tepak serih menandakan persetujuan menjadi bidan kepad wanita yang mengandung.

Melenggang Perut
Adat melenggang perut dibahagikan kepada tiga bahagian termasuk menjamah perut, mandi melenggang perut, dan mengadap perut. Bagi ketiga – tiga adat ini terdapat alat dan bahan – bahan tertentu yang disediakan oleh pihak wanita yang mengandung dengan ditunjukkan oleh bidan. Ketiga – tiga adat ini dilakukan di rumah mertua wanita.
Istilah melenggang perut digunakan oleh kebanyakan orang Melayu di Semenanjung Malaysia seperti Melaka dan Johor, manakala istilah ‘ kirim perut’ pula difahami oleh orang Melayu di sebelah utara seperti Perak, Kedah dan Perlis.
Adat melenggang perut dilakukan kepada bakal ibu yang mengandung anak sulung ketiak kandungan dipercayai genap tujuh bulan. Pada masa ini anak di dalam kandungan dipercayai sempurna sifatnya. Adat ini dijalankan pada waktu tertentu kerana di dalam masyarakat tradisi penentuan masa dan hari bagi melakukan sesuatu adalah sangat penting.
Tujuan melenggang perut adalah untuk membetulkan perut wanita yang mengandung supaya anak yang berada di dalam kandungan betul kedudukannya dan wanita mengandung akan senang melahirkan anak kelak.
Bidan memainkan peranan penting sekali waktu menjalankan upacara melenggang perut. Antara bahan yang disediakan untuk upacara 7 helai kain batik pelbagai warna, sebiji kepala sederhana besar, secupak beras putih, sepiring beras kunyit, sebilah pisau atau sudu dan sebatang salur pinang.
Bidan akan mengurut perut wanita yang mengandung itu dengan minyak menjampi serta membetulkan kedudukan anak dalam kandungan. Selepas itu dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak tiga kali. Kemudian diletakkan kelapa yang telah dikupas licin di atas perut dan digulingkan ke arah kaki. Sebaik sahaja sampai ke kaki bakal ibu akan menendang kelapa itu dengan sekuat – kuatnya. Ianya dipercayai akan memberi kesenangan ketika melahirkan anak kelak. Kelapa tadi akan dibelah dan jika belahan itu lebih banyak pada bahagian matanya ia menandakan anak yang bakal lahir adalah lelaki.
Seterusnya sebiji telur digulingkan di atas perut bertujuan menjauhi kuasa ghaib, kemudian kunyit di atas perut bertujuan menghalau hantu syaitan. Selepas itu diambil sudu dan digosok ke atas perut dipercayai rupa paras bakal bayi akan cantik dan licin.
Mandi Melenggang PerutDalam upacara mandi melenggang perut terdapat bahan – bahan yang disediakan untuk menjalankan upacara itu seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua ynag telah dikupas, sedahan mayang pinang, sehelai kain lepas barat, dua batang lilin, sebuyung air biasa yang ditaburi 7 jenis bunga dan air tolak bala.
Biasanya tempat mandi adalah menghala ke dalam rumah. Disediakan bangku tempat mandi dan wanita hamil akan duduk di ats bangku tersebut. Upacara ini dimulakan dengan doa selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapat restu. Wanita hamil akan diandam supaya anak yang bakal dilahirkan tidak berbulu. Wanita hamil akan berkemban dan bidan akan menjurus air dibantu oleh beberapa orang lain yang mengibas mayang pinang. Ketika air buyung dijurus ke tubuh wanita itu, sebiji telur diselitkan di lipatan kain basahan dan kemudian telur itu dilepaskan. Kemudian dimandikan dengan air 7 telaga dan ditaburi dengan 7 jenis bunga. Akhir sekali air tolak bala dijurus dan upacara mandi lenggang pun berakhir.
Mengadap Perut
Pada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan di atas pelamin kecil yang dihias indah. Ia sebagai tempat wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara ini hanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur dan buah. Di atas nasi kunyit dipecahkan telur dan sejambak bunga.
Ayam panggang dan kerutup daging diletakkan dalam tiap – tiap bekas yang berasingan sebagai pemberian kepada semangat. Wanita hamil akan merasa sedikit garam dengan kepercayaan bayi yangakan dilahirkan nanti mempunyai sifat sempurna dan tidak cacat anggota.
Petua dan Pantang Larang Semasa Hamil
Pantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan masyarakat. Masyarakat Melayu telah melakukan sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sepatutnya dituruti oleh wanita yang hamil. Ia penting untuk keselamatan ibu dan bayi yang bakal lahir.
Dalam masyarakat melayu dapat dibahagikan kepada dua pantang larang iaitu dari segi perlakuan dan makanan. Dari segi perlakuan terdapat beberapa pantang larang dan petua yang semestinya diikuti oleh wanita yang mengandung.
  • Wanita hamil dilarang mandi selepas waktu Magrib dan Isyak dan merendam kain baju basuhan sepanjang malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu bersalin.
  • Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda – benda yang menakutkan dikhuatiri anak yang bakal lahir nanti akan terkenan dan cacat.
  • Wanita hamil dilarang ketawa, menghna dan mengejek ornag kerana dikhuatiri sifat – sifat orang yang dihina itu akan dimiliki oleh anak yang bakal lahir.
  • Wanita hamil dilarang menghembus bara putung api kerana dikhuatiri melahirkan anak yang mempunyai gelap masa depan.
Mengerat Tali Pusat Bayi
Kemudian bidan akan mengerat tali pusat bayi. Gunting yang digunakan akan ditawar terlebih dahulu supaya hilang bisanya. Bidan akan membuat tiga ikatan simpul mati di tali pusat. Ikatan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum tali pusat dikerat dengan tujuan menyekat al darah daripada mengalir keluar apabila dipotong sama ada pada tali pusat mahupun tembuninya. Minyak urut ataupun inggu akan diletakkan pada bekas tempat dipotong supaya tali pusat cepat tanggal. Pembalut dilekapkan ke pusat bayi yang telah dipotong.
Menanam Uri dan Tembuni
Apabila seseorang ibu bersalin, uri yang keluar bersama – sama bayi tidak boleh dibuang begitu sahaja. Sebelum ditanam uri dan tembuni tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu. Uri tidak boleh ditanam tepat pada 12.00 tengah hari kerana dikhuatiri anak itu akan degil. Uri biasanya ditanam di pintu jalan bersama – sama asam, garam, jarum, buku dan pensil supaya anak menjadi rajin belajar dan menjadi murid yang pintar. Uri juga tidak boleh ditanam terlalu dalam kerana dipercayai proses pertuturan anak akan menjadi lambat.
Berurut
Berurut merupakan slah satu cara terbaik untuk memulihkan urat saraf ibu yang baru bersalin. Semasa mengandung seluruh urat saraf di tubuh badan menjadi tegang dan ianya kendur selepas bersalin. Oleh itu, berurut dapat memulihkan ketegangan seperti sedia kala sedikit demi sedikit. Ia juga membantu membetulkan semula kedudukan peranakan. Selalunya bidan kampung akan mengurut selama tiga hari berturut – turut dan adakalanya hngga seminggu atau lebih mengikut kehendak wanita yang dirawatnya.
Mandi serum
Air yang digunakan untuk mandi serum merupakan air rebusan yang dicampurkan pelbagai ramuan daun – daun dan ubatan tradisional. Ramuan ini dipercayai boleh menyegarkan si ibu dan memulihkan tenaganya. Air serum tidak boleh digunakan untuk membasuh muka si ibu kerana dipercayai boleh merosakkan muka.
Bertangkas
Tujuan utama bertangkas ialah untuk mengecutkan rahim serta saluran peranakan di samping mngeluarkan kekotoran daripad badan ibu yang bersalin. Antara bahan yang diperlukan ialah daun mengkudu, daun senduduk dan sabut kelapa. Asap bahan – bahan tersebut diasapkan pada seluruh anggota badan ibu. Amalan ini dilakukan pada setiap hari selama masa berpantang supaya dapat memberikan kesegaran tubuh. Kulit ibu yang mengamalkan bertangas akan menjadi tegang semula dan berwarna kekuningan kerana diserapi oleh asap bahan bertangkas tersebut.
Bertungku
Amalan ini dilakukan selepas bertangkas dan membersihkan diri. Bahan bertungku ialah sebiji batu pejal yang sederhana besarnya dan dipanaskan terlebih daulu. Setelah panas, batu tungku akan dibalut dengan kain dan kemudiannya dililit pada anggota tubuh wanita berkenaan terutamanya di bahagian perut. Amalan ini dipercayai boleh menghindarkan kulit perut serta anggota lain daripada menjadi berkedut. Ia turut mebantu mempercepatkan pengecutan rahim. ( A.Aziz Deraman, 1995 :20 )
Berbengkung
Amalan memakai bengkung masih dilakukan oleh kebanyakan wanita Melayu selepas bersalin. Amalan ini biasanya dilakukan dalam masa berpantang 44 hari. Berbengkung dapat memberikan sokongan kepada otot – otot perut dan mengendurkan otot – otot pada bahagian punggung akibat kehamilan. Amalan ini juga memberikan memberikan keselesaan kepada wanita selepas melahirkan anak. Sebelum bengkung dipakai, minyak urut at kapur bercampur asam limau disapukan pada perut wanita tersebut. Ini bertujuan untuk mengecutkkan anggota perut seperti sedia kala dan mengelakkan angin memasuki perut.

Berpantang 44 hari
Wanita yang bersalin mesti mengalami masa berpantang selama 44 hari. Sepanjang msa berpantang, dia ditegah daripada memakan makanan yang dianggap tidak baik untuk kesihatan.
Bahan – bahan makanan akan ditentukan oleh orang yang menjaganya terutamanya bidan. Selain berpantang makan, dia tidak dibenarkan bergerak bebas. Ubat yang dimakan adalah ubatan tradisional yang diperbuat daripada ramuan akar – akar kayu dan pelbagai rempah.
Bidan kampung akan membuat ramuan – ramuan tersebut terutamanya jamu – jamu dan bedak – bedak seperti parem, pilis dan tapil. Kebanyakan wanita berasa kesejukan setelah melahirkan anak dan ini mendorong mereka memakan jamu untuk memanaskan badan.
Kematian
Kematian merupakan satu hakikat yang akan dialami oelh manusia maka Islam menguruskan mayat dengan penuh hormat. Adalah menjadi kewajipan kepada mereka menguruskan pengkebumian mayat dengan segera hingga selesai.
Apabila seseorang yang beragama Islam meninggal dunia mayatnya akan dikebumikan dengan segera. Di sisi Islam adalah afdal mengembumikan di dalam tempoh 6 jam selepas meninggal dunia. Biasanya sebelum mayat dikebumikan ianya dimandikan oleh tukang mandi perempuan, jika perempuan manakala tukang lelaki sekiranya lelaki.
Selepas itu mayat dikhafankan sebelum disembahyangkan. Kemudian mayat dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu ringan lalu diusung oleh orang ramai secara bergilir – gilir ke masjid yang berhampiran dengan tanah perkuburan. Oleh kerana orang
Melayu menganuti agama Islam tatacara menyempurnakan mayat adalah mengikut Islam.
Dalam menyempurnakan mayat, perbelanjaan di ambil daripada harta si mati sesudah menyelesaikan hak yang bergantung kepada harta itu seperti zakat, gadai dan membayar hutang si mati dab dipenuhi segala warisnya.
Mayat seorang muslim mestilah dihadapkan ke qiblat yakni kakinya dihalakan ke qiblat sedangkan kepalanya di sebelah timur. Kepalanya ditinggikan sedikit dengan diberikan bantal serta dimiringkan di atas rusuk. Sunat dibacakan yassin kepada si mati.
Dalam mengurus mayat, sunat dipejamkan mata dan diikat dagunya dengan kain di kepala supaya mulutnya tidak terbuka. Segala sendi – sendinya hendaklah dilembutkan. Sunat ditanggalkan segala pakaian dan ditutup mayat itu dengan kain yang agak nipis, perutnya ditekankan dengan benda keras supaya tidak kembung.
Cara memandikan mayat sekurang – kurangnya meratakan air seluruh tubuh dan najisnya dikeluarkan. Najis hendaklah dibersihkan dahulu, kemudian diambilkan air sembahyang.
Seluruh tubuh mayat hendaklah dimandikan secara lemah lembut dan penuh hormat dengan air sejuk.
Air mandian itu hendaklah dicampurkan dengan air bidara, kemudian disiram dengan air mutlak dan akhir sekali dengan air bercampur kapur barus diulang – ulang menyiram sehingga 9 kali ia, iaitu 3 kalli dengan air bidara, 3 kali kali dengan air kapur barus dan 3 kali dengan air biasa.

Kemudian barulah dilapkan dengan kain tuala supaya tidak basah kain kapan. Kalau mayat itu sudah reput terbakar, tidak ada air dan lain – lain halangan, mayat itu hendaklah ditayammumkan.
Untuk kapan mengikut mazhab Shafie sekurang – kurangnya sehelai kian yang menutupi aurat si mati. Jika mayat itu lelaki maka sekurang – kurangnya kafan baginya ialah mneutupi bahagian badan di antara pusat dan lutut. Jika mayat perempuan , maka sekurang – kurangnya kafan baginya ialahkain yang menutupi seluruh tubuhnya kecuali muka san tangan paras pergelangan. Kain yang minima ini dinamakan kafan.
Sedang mayat sendiri berhak pula mendapat kafan yang menutupkan seluruh tubuhnya ialah hak mayat. Kaluarga si mati boleh menutupi mayat sampai aurat sahaja atau sebaiknya sulurh tubuh dan lapisan ketiga ialah hak waris.
Di antara lapisan kafan diberikan kayu cendana dan gaharu segala rongga disumbat dengan kapas seperti mata, lubang hidung dan lain – lain. Begitu juga dengan anggota sujud iaitu tapak tangan, lutut dna jarikaki kemudian baru dikafan seluruhnya. Seeloknya paha diikat supaya jangan terbuka dan kedua hujung di kepala dan di kaki.
Sesudah siap kafan, mayat mestilah disembahyangkan. Cara sembahyang mayat adalah dengan :
  • Niat
  • Berdiri
  • Takbir
  • Membaca Al-Fatihah
  • Antara takbir pertama dan kedua membaca selawat
  • Membaca doa bagi si mati
Sembahyang mayat boleh secara perseorangan atau berjemaah. Boleh juga dilakukan sembahyang hadir atau ghaib.
Usungan
Sementara itu untuk usungan pula ia dibuat daripada kayu berbentuk 3 atau 4 persegi. Mayat hendaklah diletakkan telentang kepalanya pada pihak yang sempit. Sedang pahanya pada piphak yang lias. Masa mengusung kepalanya sebelah hadapan sedang kakinya sebelah belakang. Usungan boleh dilakuakn oleh tiga, empat, enam atau lapan orang. Disunatkan berjalan kaki waktu pengusungan dan dalam keadaan senyap dan tidak bising.
Mayat orang Islam mestialh ditanam dalam kubur dan tidak sesekali mayat itu diletakkan di atas permukaan tanah kemudian ditimbunkan tanah atasnya. Sebab itulah liang kubur sangat penting.
Liang kubur hendaklah digali setinggi dengan orang berdiri serat liang lahad semua tubuh mayat. Mayat hendaklah dimasukkan dalam lubang liang lahad dalam keadaan mengiring rusuk kanan di sebelah bawah yakni terletak di tanah dan rusuk kiri sebelah atas. Kepala mayat mestilah bersamaan dengan mata angin, muka mayat hendaklah dibuka dan begitu juga ikatan atau simpulan pada kain kafan liang lahad mesti ditutup dengan papan.
Kalau dalam keranda pula supaya mayat tidak bergolek, ia hendaklah disandarkan dengan tanah. Kepalanya mesti dibantal dengan tanah. Keadaan atau kedudukan mayat sama seperti yang disebut di atas tadi. Sesudah siap ditimbun tanah, sunat ditandakan dengan batu nisan di atas kepala dan kaki mayat. Sementara tanah timbunan itu disunat ditinggikan sedikit daripada paras bumi supaya jelas kelihatan bagi menghormati dan disunatkan pula menyiram air sejuk di atas kubur dan membacakan doa bagi si mati. Bacaan doa adalah untuk memohon keampunan Allah terhadap segala kelakuan si mati ketika hidup di dunia ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...