Dancing Text

Saturday, November 13, 2010

Jawapan Bagi Persoalan Yang dikemukakan

  1. 'Mr.kirhmuru,adakah kamu ini vegetarian? Tolong cerita sikit pasal vege ini? '
  2. 'Macam mana seseorang penganut hindu itu boleh tahu dia dilahirkan untuk kali yang ke berapa?'
  3. 'Adakah apa-apa bukti untuk menunjukkan apa yang agama hindu adalah atas perintah Tuhan?dalam kitab?siapa cipta kitab?'

1.Terlebih dahulu, saya ingin menjelaskan disini bahawa saya bukannya berasal dari keturunan yang vegetarian 100% tetapi mengikut adat,kebiasaan dan sebagai tuntutan agama serta keinginan peribadi untuk menjadi seorang yang tidak gemar akan daging haiwan, maka saya kerap mengambil (Marakari) or lebih dikenali dengan nama Saivam (Vegetarian). Jadi, jelas disini saya bukannya Vegetarian.

Vegetarian seperti yang sedia maklum tidak akan memakan daging haiwan, telur dan apa-apa makanan yang dihasilkan yang mempunyai bahan yang digunakan yang diasaskan dari haiwan. Telur tidak dibenarkan diambil sepatutnya tetapi oleh kerana kehendak kesihatan seseorang, maka mereka dibenarkan mengecualikan telur dari bukan vege kedalam menu vege mereka.

Telur dianggap sebegitu kerana mereka menggangap bahawa apabila kita bunuh sesuatu kehidupan berlaku pendarahan dan memakannya, ia dikira sebagai Non vege. Seterusnya, telur pula bukan begitu, tidak membunuh, tiada pendarahan.Harap jelas disini. Perkara yang paling bagus ialah bagi yang menghadapi masalah kesihatan tetapi tetap mengambil Vegetarian ini, disarankan mengambil kacang (Soya dan sebagainya) yang boleh memberikan sumber protein yang baik.

2. Adalah sukar untuk menjawab soalan ini tetapi saya akan cuba menjawab dengan ilmu pengetahuan yang saya ada. Sebagai manusia biasa, kita tidak akan ingat kehidupan kita pada masa silam, betul? Jadi tidak ada peluang untuk kita mengetahui kelahiran yang keberapa kita lahir pada kehidupan ini dan macam mana kehidupan kita dimuka bumi ini? Selepas? Sebelum dan juga Sekarang. Di India terdapat sebuah tempat dimana boleh ditanya mengenai hal-hal sebegini dan ianya disimpan dengan sangat baik. Dalamnya akan tercatat, nama kita, nakshthiram kita (Bintang) , raasi, waktu kita lahir, tarikh lahir, nama kita, nama ibu bapa dan semua yang kita akan hadapi dalam kehidupan kali ini. Menarik bukan? Tetapi ini semua yang benar-benar belaka. Dipercayai kesemua nota-nota tersebut akan ditulis oleh Brahma (Dewa Pencipta) dan akan muncul diatas nota itu apabil orang yang berhak membacanya sayang dapat mengetahui kandungannya supaya tidak disalahgunakan.

3. Pembaca ini bertanya akan kewujudan agama Hindu? Beliau perlu membaca dengan lebih mendalam mengenai keagungan agama Hindu. Vedham adalah buktinya. Vedham tidak ditulis oleh insan biasa tetapi ditulis oleh para pendeta yang tidak pernah dijumpai oleh insan zaman sekarang. Yogis menggunakan kuasa mereka yang diturunkan kepada mereka dan menulisnya. Wahyu yang diturunkan kepada mereka adalah sumber penghasilan Vedham. Vedham adalah asas agama Hinduism. Vedham adalah bukti bahawa agama ini adalah agama Tuhan yang maha mulia (Paramathma).

Kitab agama Hindu ada pelbagai tetapi yang paling popular ialah Vedham dan juga Sri Mat Bhavath Geethai. Selain itu, Puranas memainkan peranan yang sangat penting apabila menceritakan budaya dan juga tradisi serta kepercayaan dimana Tuhan sendiri mengucapkan kepada Dewa lain atau manusia bagi melaksanakan sesuatu upacara sembahyang mengikut cara tertentu dan kebanyakkanya mengikut sains, akan memberikan faedah kepada kesihatan manusia. Contohnya, yaagham (upacara bara api yang dimasukkan pelbagai rempah dan sebagainya) akan memberikan individu yang berada berdekatan dengannya, segala bakteria dan virus akan terhapus oleh asapnya. Maka seseorang itu boleh hidup sihat dan gembira tanpa sebarang penyakit. Hinduism adalah agama yang sangat padat dengan cara hidup sihat dan sebagainya yang praktik dan bukannya sesuatu perbuatan itu tiada maksud dan dilakukan sewenang-wenangya. Diharapkan penjelasan saya ini akan membantu pemahaman saudar saudari agar dapat memahami agama Hinduism dengan lebih baik. Sekian, terima kasih. Segala saah dan silap tolong betulkan dengan memberikan komen yang membina. Terima kasih.

12 comments:

  1. ape tujuan menyucuk diri dengan objek tajam ketika sambutan thaipusam ?

    kenape perlu menyakiti diri sendiri ?

    tuhan x marah ke org yg menzalimi diri sendiri ?

    ReplyDelete
  2. kamu masih tidak memahaminya.

    ReplyDelete
  3. Tujuan sebenar orang India mengucapkan vanakkam adalah demi menghormati Tuhan dalam diri seseorang tanpa kenal baik buruknya. Agama Hindu tidak pernah melarang penganutnya untuk melakukan sesuatu...namun begitu Tuhan tidak pernah minta penganutnya mencederakan tubuh mereka demiNya. Tetapi, penganut sanggup melakukan sebegitu demi menunjukkan kekuasaan Tuhan yang telah menyembuhkan penyakit yang tidak dapat diubati dengan perubatan moden yang canggih dan sebagai tanda telah sedar kewibawaan dan kekuasaan Tuhan. Oleh itu, mereka tidak kisah untuk mencederakan diri, bagi mereka ianya tiada apa dibandingkan dengan pertolongan Tuhan.

    ReplyDelete
  4. kenape mereka yang menyakitkan diri itu dianggap untuk menunjukkan kekuasaan Tuhan?
    kenape tidak Tuhan tunjukkan kekuasaanNya sendiri je?
    em, x ade ke cara lain yg lebih sesuai n x menyakitkan macam tu?
    maksudnya, mereka yg menyakitkan diri tu menyusahkan diri sendiri je, sebab Tuhan x suruh pun mereka buat macam tu. buat ape buat ape yg Tuhan x suruh,buat ape yg Tuhan suruh tu kan dah cukup untuk kite membuktikan ketaatan kite kepade Tuhan, x perlu buat sesuatu atas kehendak sendiri yg menyusahkan diri sendiri.
    maafkan saye sebab saye tak faham sangat..

    ReplyDelete
  5. ermm..
    betul2..
    maaf sye nk tnye, mcmne sbnrnye kdudukan Tuhan dlm agama hindu?
    awk ade mention psl puranas, n Tuhan mengucapkan kpd Dewa lain & mnusia utk mlaksnakan upcara smbhyg.
    ade beza tak Tuhan & Dewa?
    ape yg Tuhan ucapkan kpd Dewa tu?
    nk tau jugk..
    selain Vedham, ade lg tak bukti yg lain utk mnnjukkan kwujudan agama Hindu, i mean bukti yg lbih mnarik yg blh mmbuatkan org lain truja.
    hrp blh bg pnjelasan.Thanks

    ReplyDelete
  6. Agama Hindu bukannya agama untuk membuatkan orang lain seronok. Ini bukannya agama yang boleh dojadikan sebagai bahan gurauan! Sila fahami persoalan saudara supaya tidak mempersendakan agama orang lain. Ada pelbagai kitab yang di keluarkan dari Vedham itu sendiri agar lebih spesifik carian kita untuk melaksanakan sesuatu ritual seperti pemujaan dan sebagainya tetapi ianya mempunyai kelayakan, siapa boleh melaksanakannya, masa, ciri-ciri tertentu agar ianya boleh memberikan apa yang dikehendaki oleh manusia. Atharva vedha mempunyai banyak ilmu yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah kehidupan manusia dari black magic da sebagainya, tetapi ianya telah dirahsiakan oleh Rishi dan Sages agar ianya tidak disalah guna oleh manusia. Agama Hindu mempunyai segala aspek yang ditanya oleh kaum lain seperti (ada tak doa makan dalam agama Hindu?) ada tak doa pendidikan? ada tak doa keselamatan dari black magic? ada tak doa tidur? dan sebagainya...jawapannya...ADA! kesemuanya ada malah lebih powerfull dari mana-mana agama yang lain! In terbukti apabila penganut agama lain yang terkena 'buatan orang' tidak dapat 'dibersihkan' akhirnya datang ke tempat ibadat agama Hindu agar dapat menyelesaikan masalah mereka (praktikal dan terbukti benar tetpi tidak ingin meuju kepada sesiapa) jadi persoalan saudari terjawab dengan pejelsa saya ini? kalau tidak tolong cari do google.

    ReplyDelete
  7. Sila fahami seperkara: Tuhan tidak meminta agar penganutnya membuat sesuatu dalam Hinduism...selain (Unmaiyana Bakti) Kepercayaan yang tulen. Oleh itu, penganut merasakan bahawa Tuhan sudah menolong dengan menyelesaikan masalah kita tanpa mengharapkan balasan dari kita, oleh itu mereka sanggup menahan sakit dengan nama Tuhan. Perbuatan ikhlas akan direstui oleh Tuhan. Tuhan hanya satu! Dewa merupakan avatharam dari Tuhan agar umat manusia dapat mendekatkan diri dengan Tuhan denagn cara yang sesuai dengannya dan mudah untuk memahami Tuhan.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. I came across with question that says..give reference from books..suure can give but is it acceptable as it is in tamil? If u can read it its fine! but how about the others? Think before u speak! N i must relate my explanation to tell the truth...thats what explanation is all about!Or it would be just a statement.Internet has some info which is relevant to Hinduism...if i am wrong pls correct me...n if u have better source of info pls paste the reference source so that i could read it too..tq. Sorry if i hsve said anything that hurts u guys.tq.

    ReplyDelete
  10. are u sure the info from internet totally telling the truth ?
    internet was wrote by human, it can be wrong from the real fact as u not refer to the real fact berofe make it a sentence in your blog.
    why there's no translation for ur references from tamil to other languages, like translated bible from english to bahasa melayu?
    Seems like it just for hindu's only.
    maybe it is my last question for you kirhmuru,
    are sure all things that u have posted here are truth and true ?
    i read most of your post was copy/paste & adapted from internet sources. i'm worried that some of the internet information is wrong.

    ReplyDelete
  11. i read all of them n find out the logical answers n info that i gain from internet n also from books...but book r really rare to be gain from some readers in fastest way thats y i am giving the interent links to them to connect...if wrong tell me...i will delete my post straight away...but make sure u got the correct one for me...thanks...

    ReplyDelete
  12. Hinduism is written in english an tamil and sanskrit last time...because only indians n white who r pratising Hinduism it is written in such languages...n some of them is written in bahasa melayu since Indians in Malaysia dont know how to read tamizh eventhough they r tamizhans through birth...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...