Dancing Text

Thursday, September 2, 2010

Julia Roberts jadi penganut agama Hindu


2010/08/07- JULIA hadiri upacara keagamaan Hindu ketikamenjalani penggambaran tahun lalu di New Delhi, India. LOS ANGELES: Aktres terkenal Hollywood, Julia Roberts, mengamalkan ajaran Hindu dengan pergi ke kuil 'melakukan majlis memuja, berdoa dan menghadiri keraian.'Aktres berusia 42 tahun itu berkahwin dengan jurukamera, Daniel Moder pada 2002, berkata dia dan suaminya kerap ke kuil bersama tiga anak mereka.Katanya, beliau berharap dihidupkan semula sebagai ‘sesuatu yang senyap’ selepas merasai tekanan sebagai selebriti. Julia daripada keluarga berpegang pada ajaran Baptist dan Katolik.Beliau dikatakan memeluk agama baru ketika menjalani penggambaran filem barunya, Eat, Pray, Love apabila memegang watak seorang wanita yang mahu mencari dirinya yang sebenar menerusi agama Hindu.
Aktres itu mencetuskan kontroversi di India September lalu apabila penduduk tempatan beragama Hindu dilarang menyambut festival agama penting ketika beliau terbabit dalam penggambaran filem itu dalam kuil mereka di pinggir New Delhi.Penduduk kampung berharap menyambut permulaan Navaratri, iaitu penyembahan Dewi Durga pada hari Ashram Hari Mandir selama sembilan hari apabila mendapati kuil ditutup pasukan keselamatan Julia seramai 350 pengawal, kenderaan kalis peluru dan sebuah helikopter.Aktres itu mendedahkan pertukaran agamanya dalam satu temuramah dengan majalah Elle keluaran September. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...