Dancing Text

Thursday, September 2, 2010

My Lord Shiva Painting





Karya The Lord Shiva menerangkan situasi dimana pada masa dahulu mengikut hikayat dan kepercayaan orang Hindu,ada sekumpulan penghuni syurga dan penghuni neraka telah menggabung tenaga dan menggorek laut demi mendapat ‘Amirtham’ yang membolehkan mereka tidak akan mati dan kekal muda. Mereka berjaya mendapatkan minuman suci tersebut tetapi mengikut adat dan kepercayaan orang Hindu, ianya adalah kebiasaan dimana ada baik dan buruk.
Seperti mana ‘Amirtham’ telah dikeluarkan dari laut susu (Milk ocean) pada masa itu juga, racun telah dikeluarkan oleh Ular Vasukhi (berkepala lima) kerana kesan dari penggunaan dirinya sebagai tali bagi memutarkan ‘Mantara Malai’ bernama Alhakala Visham. Racun ini mewakili sikap-sikap negatif yang merbahaya kepada manusia seperti sifat tamak dan sebagainya yang akan memecahbelahkan manusia.Oleh kerana, Dewa Shiva sedar dengan keupayaan mata ketiganya, beliau terus menyambut belanga racun tersebut dan minum tanpa berkata apa-apa. Ular vasukhi ialah suatu symbol dimana ianya mewakili lima elemen penting (air -Neer, api- Neruppu, tanah- Nilam, langit- Aghayam dan angin- Vahyu). Lima elemen ini juga dikenali dengan nama Panjabootham.Apabila suaminya telah minum racun yang merbahaya itu, Dewi Parvathi telah mencengkam leher Dewa Shiva bagi mengelakkan racun merebak dibadan Dewa Shiva.
Oleh sebab itulah,badan Dewa Shiva berwarna biru.’Kinnam’ yang berwarna emas itu dipenuhi dengan cecair berwarna hijau mewakili racun tersebut. Pada hari beliau telah meminum racun tersebut dikenali sebagai Shivarathri dimana penganut agama Hindu akan bernazar supaya Dewa yang disayangi akan Hidup lama dan segala dosa mereka akan terhapus jika mereka terus menyebut nama Dewa Shiva tanpa tidur sepanjang malam. Walaupun Dewa Shiva ialah lelaki tetapi bertindih telinga menggambarkan penciptaan insan dari prinsip ‘OmKaaram’ dimana huruf O dan Ma mengikut abjad bahasa Tamil, menjadi sempurna dengan titik menjadi OM. Oleh itu, penciptaan insan menjadi sempurna dan seseorang yang beragama Hindu diwajibkan menindih berdasarkan prinsip tersebut.Sebagaimana sunat diwajibkan dalam Islam.
Budaya menindih telinga ini juga menggambarkan tiada perbezaan antara lelaki dan perempuan dan hukuman serta tanggunjawab mereka sebagai manusia sama sahaja. Latar belakang gambar ini, berwarna gelap dan penuh dengan kesan warna putih seperti air mewakili lautan susu dan waktu malam. ‘The trishul that Lord Shiva holds in his right hand represents the instrument by which he removes the pain caused by the effect of the Gunas- Sattva, Raja & Tamas. The three Gunas of nature binds the immorial soul to the body causing mush pain. Shiva destroys this pain with the trishul’. ‘Dipetik dari sri thunggesam, your religious guide, februari 2010, thunggesam sdn.bhd. ‘Ianya menerangkan bahawa trisul menyembuhkan kesakitan yang disebabkan oleh tiga Gunas-Satva,Raja dan Tamas.’ Tambahan pula, trisul atau trishulam ialah cantuman tiga anak panah yang dicantumkan menjadi satu menerangkan bahawa tiga kewajipan Tuhan terhadap dunia insan iaitu, Penciptaan,Perlindungan dan Penghapusan.
Damaru atau udukkai yang terikat dengan trishulam itu merupakan alat muzik kegemaran Dewa Shiva yang gemar menari Bharathanatyam. Oleh itu, beliau digelar dengan nama Nadaraja bermaksud, Raja Tarian. Oleh kerana beliau memegang Damaru, beliau juga digelar sebagai ‘Dhamaru Bhaje’.Walaupun dalam keadaan yang gelisah dan penuh dengan tragedi yang besar itu, wajah tenang dan tersenyum Dewa Shiva menceritakan kasih sayang beliau terhadap anak-anak didunia dan beliau tidak kisah menanggung sakit demi insan. Mimik muka beliau juga menerangkan bahawa sebagai manusia, kita harus menerima senang dan susah dengan hati yang terbuka kerana ianya ialah realiti hidup, kalau setiap insan menyedari hal ini maka dialah manusia yang berjaya didunia dan seterusnya selepas mati.
Ular melilit lehernya agar racun Alakhala itu, tidak merebak badan Dewa. Oleh itu, Dewa Shiva turut digelar sebagai Nagharaja iaitu Raja segala ular. Ular ini merupakan avatharam Dewi Parvathy yang menjaga suaminya sentiasa.Beliau mempunyai mata ketiga, iaitu ‘Netrik Kan’ yang menerangkan insan supaya melihat baik dan buruk dengan minda yang diberi dan bukan membuta tuli. Netri Kan dikatakan juga sebagai tempat yang paling hangat pada tubuh insan kerana minda manusia berfikir dan melaksana.Oleh itu, Vibuthi, Potthu, Kunggumam, Santhanam (Serbuk cendana,kum kum, vibuthi) diletakkan bagi melambangkan kehadiran Tuhan ditengah-tengah mata dan menyejukkan dahi.
Bulan sabit di atas kepala dan matahari di belakang kepala menerangkan bahawa Tuhan sentiasa dengan kita tidak kira siang malam. Pranava Mantra merupakan simbol keagamaan yang juga OM dari segi Sanskrit. Pranava mantra juga dikenali sebagai 786 mengikut ‘indian numerals’ yang digunakan oleh orang Islam di India yang mengakui Tuhan mereka ialah Dewa Shiva.Pancutan air yang keluar dari himpunan rambut beliau ialah air suci gangga.Oleh itu beliau turut digelar sebagai Ganggadharan yang merupakan penyelamat dunia dari air yang berlebihan. Mengikut hikayat, Dewi gangga ialah Dewi yang cepat naik marah dan suka menghukum rakyat jelata kerana sikap manusia yang kejam dan tidak kenang budi Dewi tersebut memberikan air.
Oleh itu, Dewa Shiva telah menyimpulkan Dewi Gangga supaya terikat dengan kehendak dan turutan Dewa Shiva, supaya rakyat jelata dapat hidup aman dan damai,seterusnya Dewi tersebut akan tenang.Beliau juga mempunyai avatharam sebagai ‘Ruthran’ ketika dalam keadaan marah. Mengikut hikayat dan kepercayaan, apabila beliau menari tarian yang bernama ‘Ruthra Thandavam’ maka Kiamatlah dunia kita ini. Raksha bermaksud perlindungan jadi rantai ‘Ruthraksha’ merupakan perlindungan Dewa Shiva yang diwajibkan kepada umatnya. Daun diatas kepalanya, bernama Shiva Ilai (Daun Shiva) ianya dikatakan sangat digemari oleh Dewa Shiva dan ia berupa Trishul, mempunyai tiga cabang dan satu daun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...