Dancing Text

Thursday, June 30, 2011

Balai Seni Lukis Negara Malaysia



Balai Seni Lukis Negara ditubuhkan pada 28 Ogos 1958, setahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British. Geleri ini merupakan badan berkanun yang menerima geran tahunan daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia juga menerima sumbangan daripada badan korporat dan penaja untuk melangsungkan aktiviti-aktiviti seni sampingan.

Dalam usaha untuk mempromosikan kesedaran dan apresiasi seni diseluruh peringkat masyarakat, objektif utama Balai Seni Lukis Negara adalah untuk mempersembahkan pameran dari dalam dan luar negara, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni lain serta berusaha memperkembangkan koleksi tetapnya yang kini merangkumi lebih 2500 karya. Dalam kata lain ia ingin memupuk aktiviti kepakaran dan ingin menubuhkan koleksi seni kebangsaan.

Balai Seni Lukis Negara kini ditempatkan dibangunan baru di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Bangunan yang mempunyai ciri-ciri seni bina yang tersendiri ini terletak di antara Istana Budaya dan Perpustakaan Negara Malaysia. Kedudukannya juga tidak jauh dari Kuala Lumpur City Center (KLCC)dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bangunan Balai Seni Lukis Negara mempunyai 6 buah geleri, sebuah bengkel dan gedung kreatif, pusat sumber, sebuah oditorium yang memuatkan 144 tempat duduk dan juga pejabat bahagian pentadbiran BSLN.

WAKTU LAWATAN:
*Isnin hingga Ahad (10.00 pagi - 6.00 petang) termasuk cuti am
*Bulan Ramadhan (9.00 pagi - 5.00 petang)
*Hari Raya Aidilfitri tutup 2 hari
*Hari Raya Aidiladha tutup 1 hari

KEMUDAHAN:
*Masuk PERCUMA
*Tempat letak kereta PERCUMA
*Cafe
*Pusat sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...