Dancing Text

Monday, August 3, 2009

Masyarakat Sikh

MASYARAKAT SIKH

Sejarah kedatangan orang Sikh adalah sama jika dibandingkan dengan imigran – imigran iaitu pada awal kurun ke 19. Faktor ekonomi dilihat sebagai penyebabkan kedatangan imigran – imigran Sikh secara beramai – ramai ke negara – negara Asia Tenggara seperti Burma, Indonesia dan Malaya. Masalah kekurangan tanah, bertambahnya jumlah penduduk serta bencana alam menyemarakkan lagi semangat mereka untuk ke Asia Tenggara. Tersedianya peluang – peluang pekerjaan yangbanyak dalam pelbagai bidang serta polisi imigrasi yang agak liberal, menggalakkan penghijrahan beramai – ramai ke Malaya yang ketika itu diperintah oleh Inggeris.

Pada pertengahan abad ke 19 aramai orang Sikh telah berhijrah ke Malaysia ( Tanah Melayu ). Pihak British telah menggunakan orang – orang Sikh dari India yang merupakan salah satu daripada tanah jajahan British untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan kerana mereka mempunyai susuk badan yang tegap. Pada peringkat awal penghijrahan orang Sikh tertumpu ke negeri Perak. Anutan Sikh menjadi elemen penting untuk menyatupadukan orang Sikh dalam pasukan “Perak Armed Police” (PAP). Inijuga merupakan faktor utama mengapa boleh terjalinnya hubungan yng kukuh di kalangan orang – orang Sikh dalam pasukan keselamatan ini. ( Sushila, 1990:43-44).

Pada kurun ke 20 pula orang Sikh yang berhijrah ke Malaysia mula berkhidmat di sektor kerajaan mahupun swasta. Mereka telah bekerja sebagai jaga, bekerja di sektor pertanian, menternak lembu, menjadi buruh dan peminjam wang ( money lenders).

Penempatan awal orang Sikh di Malaya tertumpu di pantai barat iaitu di Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Bandar – bandar yang menjadi tumpuan orang Sikh termasuklah Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Oleh kerana kumpulan mereka kecil dibandingkan dengan kumpulan etnik yang lain, maka mereka didapati berselerak luas. Jika terdapat lebih kurang dua pulah keluarga di satu – satu kawasan penempatan, maka penempatan itu dikenali sebagai kampung Benggali. Misalannya seperti di Kampung Benggali, Taiping dan Tanjung Rambutan.

Orang Sikh yang termasuk juga golongan orang Punjabi adalah dirujuk sebagai satu “komuniti agama”. Mereka membeza – bezakan satu kumpulan yang lain dengan berdasarkan sistem kasta dan juga pembahagian kawasan. Bahasa ibunda orang Sikh adalah bahasa Punjabi tetapi terdapat banyak dialek yang digunakan oleh mereka di kawasan – kawasan yang berkaitan. Orang Sikh secara umu dapat dikategorikan sebagai “Arora Sikh”, “Jat Sikh”, “Khatri Sikh”, Mazhbi Sikh” mengikut pengkhususan pekerjaan mereka.

Orang Sikh Jat seterusnya dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut pembahagian kawasan di tempat asal nenek moyang mereka di Lembah Indus. Ketiga – tiga kumpulan ini adalah Jat Majha, Jat Malwa dan Jat Doabia, iaitu ketiga – tiga ini merujuk kepada sempadan – sempadan juga cawangan Sungai Indus.

Agama
Pengasas – pengasas agama Sikh muncul apabila negara India sedang berada dalam pengelutan kuasa di antara puak Islam dan Hindu. Perkataan Sikh dalam bahasa Sanskrit “shisya” bermaksud “disciple” manakala dalam bahasa Punjabi, perkataan Sikh bermakna penuntut / penganut. Guru Nanak Dev Ji (1469 – 1539) telah mengasaskan tapak kepada kemunculan agama Sikh. Suasana politik serta keagamaan dan sosial yangtidak menyenangkan di India menyebabkan beliau mencari arah baru untuk membawa keamanan bagi umat manusia. Selepas Guru Nanak meninggal dunia, terdapat 9 orang guru lain yang telah berjasa bagi kaum Sikh.

Kitab suci orang Sikh iaitu “Granth sahib” merupakan sumbangan penulisan Guru – guru Sikh yang dikenali sebagai “Bani” (Artha – artha suci). Namun yang demikian jika ditinjau secara mendalam jelas terdapat sumbangan – sumbangan tokoh – tokoh Islam dan doktrin Hinduisme.

Namun apa yang penting di dalam agama Sikh ialah kepercayaan dalam kesatuan Tuhan dan menyamakan Tuhan dengan “kebenaran” atau “Sach”. Kepercayaan asas di dalam Sikhisme terdapat di dalam “Japji” atau dikenali sebagai “mool mentra”. Setiap penagnut agama Sikh adalah dikehendaki untuk mengetahui “Japji” dan membacanya pada setiap subuh.

Sikhisme menerima teori “karma” atau “reinkamasi” dan setiap individu akan melalui beberapa kali putaran hiudup yang berlainan untuk mencpai nirvana. Adalah dipercayai bahawa terdapat lapan puluh empat ribu juta kali putaran hidup atau “Junn” kesemuanya. Pendek atau panjang putaran yang dilalui oleh seseorang di dalam dunia ini untuk mencapai nirvana adalah bergantung kepada dosa yang dilakukannya. Sikhisme menafikan pemujaan sungai – sungai, dewa –dewa ataupun bertafakur dan adalah sia – sia melakukannya sekiranya minda manusia tidak suci.

Sikhisme menolak sistem kasta dan mengamalkan keseronokan di antara manusia. Walaubagaimanapun, pada praktikalnya kaum Sikh tidak terlepas dari membeza- bezakan di antara satu sama lain. “Gurudwara” atau pintu Tuhan merupakan sahaja kaum yang paling utama di kalangan masyarakat Sikh. Walau di mana sahaja kaum Sikh berada tumpuan utama diberikan kepada penubuhan sebuah “giridwara” sebelum menceburi lain – lain bidang. Kekuatan kolektif orang Sikh adalah berpusat dan berputar sekeliling ‘Gurudwara”.

“Gurudwara” merupakan simbol suci orang – orang Sikh yang harus dihormati kerana di situlah tempatnya kaum Sikh berkumpul untuk mengetahui ajaran Sikh. Di dalam “Gurudawa” semua manusia adalah sama dan layanan yang sama perlu diberikan tanpa mengira kasta, warna kulit, kedudukan sosio ekonomi mahupun kewarganegaraan.

Satu lagi ciri unik dari sudut pandangan agama Sikh ialah peraturan 5K iaitu “kanga”, “kirpan”, “kerah”, “kesh”, dan ‘keshairah”. Lima K ini ialah tanggungjawab setiap orang Sikh untuk menyimpan rambut, memakai sikat khas di rambut, serta memakai gelang khas di tangan kanan , menyimpan ppisau khas serta memakai sejenis seluar khas. Setiap orang Sikh dikehendaki melalui ritus pembaptisan atau mengambil “ amrit” dalam hidupnya sebagai menandakan bahawa beliau telah bersetuju mengikuti pengajaran Guru Grantu Sahib.

Perkahwinan
Sikhisme mengesyorkan hidup berkeluarga atau “ grithstashram” dan berumahtangga. Seseorang Sikh tidak seharusnya hidup terasing malahan perlu untuk berusaha untuk pembangunan komunitinya. Institusi perkauman merupakan satu institusi yang suci dan harus bagi setiap orang Sikh. Melalui perkahwinan kasih sayang di antara dua buah keluarga menjadi rapat.

Perkahwinan dalam masyarakat Sikh adalah di atur oleh ibu bapa dan saudara mara. Ini adalah kerana masyarakat Sikh merupakan satu komuniti yang kecil maka merisik dan menyelidik latar belakang seseorang mudah dilakukan. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan keluarga untuk mencari pasangan hidup yang baik bagi anak – anak. Tambahan pula perkahwinan adalah asas kepada kesedaran kasta.

Waktu yang menjadi pilihan untuk merisik adalah semasa musim – musim perayaan dan upacara sembahyang di “Gurudwara”. Suasana ini memberikan kesempatan kepada golongan yang lebih tua untuk mengetahui latar belakang keluarga, taraf pendidikan, pekerjaan, dan lain – lain hal mengenai gadis atau lelaki. Selalunya pihak gadis akan melamar si lelaki dan bukan sebaliknya.

Walaupun agama Sikh melarang sistem kasta namun masyarakat Sikh yang dikaji hampir keseluruhannya berpegang kuat kepada idea kasta kecuali dalam kes berkahwin campur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...