Dancing Text

Monday, August 3, 2009

Masyarakat Melayu

Pelbagai pendapat tentang erti etimologi perkataan “Melayu”. Ada yang berpendapat bahawa perkataan Melayu berasal daripada perkataan “ Malaju ”. Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju yang bermakna cepat, deras dan tangkas.Daripada sebutan tersebut dapat diberikan pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas, cerdas, segala tindak tanduk mereka cepat dan deras.Menurut orang tua dikampung,perkataan Melayu berasal dari perkataan tamil 'Malai'
bermaksud bukit dan 'Malaikarar' yang bermaksud orang bukit,dimana orang Melayu berdagang dari bukit ke bukit pada masa dahulu.

A.H Keane, ahli antropologi berpendapat bahawa bangsa Melayu berasal daripada campuran antara bangsa Kaukasus dengan bangsa Mongol. Pendapat ini berdasarkan teori yang mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari daerah utara Asia Tenggara seperti tersebut.

Justeru itu, takrif orang Melayu jika dilihat dari segi sosial dan budayanya yang lebih luas, meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan pulau – pulau Melayu atau Nusantara. Oleh yang demikian kelompok – kelompok bangsa Melayu amat besar di dunia.

Adat Melawat dan Berkunjung

  • Berikut beberapa panduan mengenai adat resam orang Melayu berhubung dengan lawatan dan kunjungan.
  • Bagi pengunjung beragama Islam apabila tiba di rumah yang dikunjungi hendaklah memberikan salam dengan ucapan “Assalamualaikum”.
  • Sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu, pengunjung hendaklah menanggalkan kasut.
  • Jika pada masa itu telah ada tetamu lain, pengunjung hendaklah mengenalkan diri dan menundukkan sedikit kepala tanda hormat sambil berjabat tangan.
  • Apabila seseorang ingin berjalan lalu dihadapan datu kumpulan atau perhimpunan orang ramai hendaklah menundukkan sedikit kepada dengan menghulkurkan sebelah tangan.
  • Ucapan – ucapan yang sesuai bagi maksud ini ialah ‘ maafkan saya, tumpang lalu, minta jalan’.
  • Adalah menjadi kebiasaan rumah Melayu , secara tradisinya, tetamu dan tuan rumah dudk bersila. Bagi orang lelaki duduknya bersilang kaki dan bagi orang perempuan bersimpuh.
  • Jika duduk di kerusi ia adalah dianggap kurang sopan apabila seseorang itu bersilang kaki sehingga nampak tapak kaki, berlunjur lurus ataupun membuka kaki dengan luas.
  • Apabila tuan rumah menghidangkan makanan adalah tidak manis tetamu menolaknya.
  • Jika sudah kenyang sekalipun hendaklah ia merasa sedikit hidangan yang disajikan itu.
  • Anak gadis dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua. Jangan senduk terlalu penuh atau sedikit tetapi sederhana banyaknya. Biarkan orang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah orang muda kerana tidak sopan membiarkan ornag lebih tua memakan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang menyediakan peraturan orang muda makan berasingan daripada orang tua atau orang tua makan dahulu. Bagaimanapun amalan ini tidak begitu sesuai jika kita mahu menanamkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anak – anak.
  • Seeloknya ambillah hidangan yang berhampiran dengan kita jangan menjangkau makanan yang terletak jauh dan sukar dicapai. Jika kita berkehendakkan makanan yang sukar dicapai mintalah bantuan orang lain yang berdekatan.
  • Ketika menghulur atau menyambut seeloknya siku atau pergelangan tanggan ditampung sedikit dengan tangan sebelah lagi. Ketika menyenduk kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. Bunyi ketika menyenduk dianggap kurang sopan dan kasar. Jangan bercakap ketika makan apatah lagi ketika mulut penuh.
    Jika bercakap pastikan tidak menimbulkan perkara – perkara kurng menyenangkan sehingga boleh menganggu selera makan atau menyebabkan pertengkaran.
  • Jangan makan berbunyi umpamanya menghirup minuman, mengunyah makanan, menghembus hingus berkahak atau ludah.
  • Jangan makan sehingga sendawa, makanlah ala kadar atau mengalas perut semata – mata.
  • Jika habis makan dahulu, jangan sesekali mengangkat pinggan dan terus berehat ke tempat lain, meninggalkan orang sedang makan. Seeloknya tunggu dan pastikan semua sudah selesai barulah bangun.
  • Jika mahu mengemas tempat makan pastikan semua ornag sudah selesai makan. Tidak sopan kalau mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan, seolah kita menyindirnya supaya berhenti makan atau melarangnya menghabiskan sisa – sisa hidangan.
  • Jangan datang waktu makan atau waktu magrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia hanya masak secukupnya untuk keluarganya. Waktu magrib pula waktu sembahyang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk melayaninya atau meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu, seeloknya datang selepas waktu sembahyang Isyak. Sebaiknya bawalah sedikit buah tangan sebagai tanda ingatan.
  • Bagi pengunjung yang merokok elakkan dari membuang habuk rokok ke dalam piring atau dalam mana – mana bekas walaupun bekas itu hanya mengandungi sisa makanan.
  • Untuk memanggil tuan rumah, berilah salam dan kemudian berjabat tangan. Amat biadap jika memanggil ‘oi’ sahaja. Jika lelaki bertandang sendirian, janganlah masuk ke rumah itu atau lebih baik pulang sahaja jika mendapati suami atau orang lelaki lain tiada di rumah ataupun isteri tuan rumah itu keseorangan. Ini untuk menggelakkan fitnah. Begitu juga sebaliknya jika wanita bertandang sendirian dan mendapati iteri tuan rumah tiada di rumah.
  • Jika orang – orang tua duduk di lantai, janganlah yang muda duduk di atas kerusi.
  • Duduklah sama – sama dilantai.
  • Kepala mestilah dihormati. Biar akrab sekalipun, jangan sesekali bergurau dengan mengetuk, menunjal atau menepis kepala kawan kerana perbuatan ini dianggap biadap.
  • Tutup mulut dengan belakang tangan bila menguap. Orang muda atau anak muda dilarang menyampuk ketika orang – orang tua berbual melainkan sekiranya ditanya atau diminta berbuat demikian. Seeloknya huluran tangan bersalaman lebih manis didahului oelh orang muda. Bongkokkan sedikit badan dan cium tangan orang yang lebih tua.
  • Jangan menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu. Keempat – empat jari kelingking, manis, hantu dan telunjuk hendaklah digengam dan gunakan ibu jari sebagai penunjuk. Gunakan tangan kanan.
  • Bagi lelaki, jangan duduk bersilang kaki hingga menampakkan tapak kaki atau tapak kasut terutamanya jika berhadapan dengan orang tua.
  • Gunakan talam kalau menghidangkan makanan dan minuman. Jangan ditatang begitu sahaja kepada orang. Hulurlah ke tangan orang itu sendiri sehingga ia disambut.
  • Kaum perempuan terutama anak gadis tidak dibenarkan ketawa berdekah – dekah sehingga menarik perhatian orang sekeliling. Baik mengawalnya sekalipun geli hati.
  • Jangan bersiul terutamanya ketika berada dalam rumah kerana perbuatan itu dianggap biadap dan tidak menghormati ornag lain.
  • Gunakan nada suara sederhana bila bercakap terutamanyaa golongan muda. Jangan sesekali meninggikan suara seperti orang menengking.
  • Jika hendak bercakap sesuatu kepada orng yang berada agak jauh dari kita, hampirilah dia jangan bercakap dengan menjerit – jerit dati satu sudut ke satu sudut.
  • Seorang isteri seeloknya bangun dan masuk tidur awal daripada suami. Lebih sopan kalau tidur menghadap suami bukan membelakanginya.
Menyambut Kelahiran
Apabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang terpaksa dilalui. Secara umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dan keselamatan bakal ibu dan janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan mahkluk halus.
Dalam masyarakat Melayu pada pendapat umumnya menyatakan wanita hamil yang sentiasa gembira akan melahirkan bayi yang riang dan terhindar dari segala kecelakaan. Jadi wanita yang mengandung dielakkan dari mendengar, melihat dan bercakap perkara – perkara yang buruk. Antara adat menyambut kelahiran ialah seperti:

  • Menempah bidan
  • Menjamah perut
  • Melenggang perut
  • Mandi melenggang perut
  • Mengadap semangat
Menempah Bidan
Setelah genap tujuh bulan seseorang wanita mengandung, mertua wnita tersebut akan bersiap sedia dengan berbagai alat untuk melenggang per serta menempah bidan. Masa yang baik selalunya pad ahari Khamis malam Jumaat. Maka pada hari tersebut mertua wanita yang mengandung akan bersiap menghias rumah seperti menggantung langsir, langit – langit dan membentangkan hamparan yang indah serta menjemput sanak saudara kaum keluarga.
Biasanya adat ini dilakukan pada akhri bulan antara dua puluj satu hingga dua puluh sembilan hari bulan Islam. Mas ayang sebaiknya ialah pada hari Rabu dan Khamis. Hari Selasa merupakan hari yang tidak sesuai untuk menempah bidan lebih lagi sekiranya pada hari tersebut ada berlaku kematian di kalangan keluarga mereka.
Upacara menempah bidan selalunya dilakukan untuk wanita yang mengandung anak sulung sahaja. Tujuan upacara bagi menentukan bidan yang bertanggungjawab untuk menyambut kelahiran bayi nanti. Adat menempah bidan ini dilakukan untuk merasmikan bahawa bidan tertentu dapat menguruskan kelahiran bayi.
Jikalau tempahan tidak dilakukan dikhuatiri bahawa bidan – bidan yang ada di kawasan tidak dapat menolong wanita yang hendak bersalin kerana keengganan mereka sendiri yang tidak menempah dari awal atau kerana ada tempahan lain pada masa yang sama.

Seandainya penempahan bidan tidak dilakukan terlebih dahulu atau bidan yang ditempah tidak dapat hadir di waktu bersalin dan diganti oleh bidan lain, ia kenali sebagai ‘bidan tarik’. Kejadian bidan tarik ini sangat dielakkan kerana dipandang sebagai satu sikap yang tidak sopan atau hormat dan kurang budi bahasa.
Sekiranya berlaku, bidan tidak mahu pergi membidan maka beliau tidak dapat disalahkan dari segi at. Terdapat kejadian yang melibatkan bidan yang tidak mahu pergi ke tempat beralin kerana tidak dikirim sirih dahulu kerana baginya segala ilmunya akan menjadi tawar. Jika ini berlaku, terpaksalah dipanggil bidan lain yang lebih bersimpati dan tidak terikat sangat dengan palarang. Upah yang dikenakan oleh bidan yang ‘ditarik’ adalah lebih mahal dari kebiasaannya.
Adat menempah bidan juga dikenali sebagai adat kirim sirih. Adakalanya adat berkirim sirih ini dilakukan terhadap dua atau tiga orang bidan kerana dikhuatiri apabila saat – saat bersalin bidan yang sudah dahulu dikirim tidak dapat hadir kerana bertugas di tempat lain.
Adat menempah bidan ini dilakukan oleh mertua wanita yang mengandung sulung dengan membawa tepak sirih atau cerana. Di antara bahan – bahan yang dimasukkan bersama tepak sirih itu ialah sirih sebanyak 10 hingga 20 helai, kapur dibungkus di dalam daun sirih sebanyak 3 bungkusan, pinang yang telah dikupas sebanyak 3 biji dan telah dikacip nipis, gambir sebanyak 3 keping, tembakau dan wang sebanyak 50 sen hingga seringgit sebagai pengeras.
Pada zaman dahulu upacara menempah bidan dilakukan pada waktu malam yang telah dipilih khas. Ramai orang kampung dijemput termasuk Tuan haji, Pak Lebai, Tok Imam, Tuan Khatib dan lain – lain ke rumah ibu bapa wanita yang mengandung. Mula – mula para hadirin dijemput makan sirih kemudiannya diangkat segala makanan dan dijamu.
Setelah menjamu makanan dan makan sirih, persiapan mula dibaw ketengah majlis. Kemenyan dibakar untuk menjauhi kuasa – kuasa ghaib. Empat biji buyung air mandi yang dililit dengan kain putih dan ditutp dengan nyiur, berawan dan ditabur dengan aneka jenis bunga yang indah – indah. Bapa atau waris kepada wanita mengandung akan menyatakan :
Tuan serta datuk – datuk dan sanak sekalian. Saya ini ada hajat sedikit hendak maulud bagi junjungan kita dengan salla alaihi wasalam akaekerjaan mansi dan melenggang perut menantu soya mi menempah bidannya sekali. ( Thomas Frazer, 1962, hal.80 )
Kepada bidan yang ditempah seandainya diterima tapak sirih tersebut bermakna bahawa bidan tersebut bersedia membantu apabila wanita yang mengandung telah sampai waktunya untuk melahirkan anak. Dalam erti kata lain penerimaan tepak serih menandakan persetujuan menjadi bidan kepad wanita yang mengandung.

Melenggang Perut
Adat melenggang perut dibahagikan kepada tiga bahagian termasuk menjamah perut, mandi melenggang perut, dan mengadap perut. Bagi ketiga – tiga adat ini terdapat alat dan bahan – bahan tertentu yang disediakan oleh pihak wanita yang mengandung dengan ditunjukkan oleh bidan. Ketiga – tiga adat ini dilakukan di rumah mertua wanita.
Istilah melenggang perut digunakan oleh kebanyakan orang Melayu di Semenanjung Malaysia seperti Melaka dan Johor, manakala istilah ‘ kirim perut’ pula difahami oleh orang Melayu di sebelah utara seperti Perak, Kedah dan Perlis.
Adat melenggang perut dilakukan kepada bakal ibu yang mengandung anak sulung ketiak kandungan dipercayai genap tujuh bulan. Pada masa ini anak di dalam kandungan dipercayai sempurna sifatnya. Adat ini dijalankan pada waktu tertentu kerana di dalam masyarakat tradisi penentuan masa dan hari bagi melakukan sesuatu adalah sangat penting.
Tujuan melenggang perut adalah untuk membetulkan perut wanita yang mengandung supaya anak yang berada di dalam kandungan betul kedudukannya dan wanita mengandung akan senang melahirkan anak kelak.
Bidan memainkan peranan penting sekali waktu menjalankan upacara melenggang perut. Antara bahan yang disediakan untuk upacara 7 helai kain batik pelbagai warna, sebiji kepala sederhana besar, secupak beras putih, sepiring beras kunyit, sebilah pisau atau sudu dan sebatang salur pinang.
Bidan akan mengurut perut wanita yang mengandung itu dengan minyak menjampi serta membetulkan kedudukan anak dalam kandungan. Selepas itu dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak tiga kali. Kemudian diletakkan kelapa yang telah dikupas licin di atas perut dan digulingkan ke arah kaki. Sebaik sahaja sampai ke kaki bakal ibu akan menendang kelapa itu dengan sekuat – kuatnya. Ianya dipercayai akan memberi kesenangan ketika melahirkan anak kelak. Kelapa tadi akan dibelah dan jika belahan itu lebih banyak pada bahagian matanya ia menandakan anak yang bakal lahir adalah lelaki.
Seterusnya sebiji telur digulingkan di atas perut bertujuan menjauhi kuasa ghaib, kemudian kunyit di atas perut bertujuan menghalau hantu syaitan. Selepas itu diambil sudu dan digosok ke atas perut dipercayai rupa paras bakal bayi akan cantik dan licin.
Mandi Melenggang PerutDalam upacara mandi melenggang perut terdapat bahan – bahan yang disediakan untuk menjalankan upacara itu seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua ynag telah dikupas, sedahan mayang pinang, sehelai kain lepas barat, dua batang lilin, sebuyung air biasa yang ditaburi 7 jenis bunga dan air tolak bala.
Biasanya tempat mandi adalah menghala ke dalam rumah. Disediakan bangku tempat mandi dan wanita hamil akan duduk di ats bangku tersebut. Upacara ini dimulakan dengan doa selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapat restu. Wanita hamil akan diandam supaya anak yang bakal dilahirkan tidak berbulu. Wanita hamil akan berkemban dan bidan akan menjurus air dibantu oleh beberapa orang lain yang mengibas mayang pinang. Ketika air buyung dijurus ke tubuh wanita itu, sebiji telur diselitkan di lipatan kain basahan dan kemudian telur itu dilepaskan. Kemudian dimandikan dengan air 7 telaga dan ditaburi dengan 7 jenis bunga. Akhir sekali air tolak bala dijurus dan upacara mandi lenggang pun berakhir.
Mengadap Perut
Pada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan di atas pelamin kecil yang dihias indah. Ia sebagai tempat wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara ini hanya dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur dan buah. Di atas nasi kunyit dipecahkan telur dan sejambak bunga.
Ayam panggang dan kerutup daging diletakkan dalam tiap – tiap bekas yang berasingan sebagai pemberian kepada semangat. Wanita hamil akan merasa sedikit garam dengan kepercayaan bayi yangakan dilahirkan nanti mempunyai sifat sempurna dan tidak cacat anggota.
Petua dan Pantang Larang Semasa Hamil
Pantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan masyarakat. Masyarakat Melayu telah melakukan sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sepatutnya dituruti oleh wanita yang hamil. Ia penting untuk keselamatan ibu dan bayi yang bakal lahir.
Dalam masyarakat melayu dapat dibahagikan kepada dua pantang larang iaitu dari segi perlakuan dan makanan. Dari segi perlakuan terdapat beberapa pantang larang dan petua yang semestinya diikuti oleh wanita yang mengandung.
  • Wanita hamil dilarang mandi selepas waktu Magrib dan Isyak dan merendam kain baju basuhan sepanjang malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu bersalin.
  • Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda – benda yang menakutkan dikhuatiri anak yang bakal lahir nanti akan terkenan dan cacat.
  • Wanita hamil dilarang ketawa, menghna dan mengejek ornag kerana dikhuatiri sifat – sifat orang yang dihina itu akan dimiliki oleh anak yang bakal lahir.
  • Wanita hamil dilarang menghembus bara putung api kerana dikhuatiri melahirkan anak yang mempunyai gelap masa depan.
Mengerat Tali Pusat Bayi
Kemudian bidan akan mengerat tali pusat bayi. Gunting yang digunakan akan ditawar terlebih dahulu supaya hilang bisanya. Bidan akan membuat tiga ikatan simpul mati di tali pusat. Ikatan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum tali pusat dikerat dengan tujuan menyekat al darah daripada mengalir keluar apabila dipotong sama ada pada tali pusat mahupun tembuninya. Minyak urut ataupun inggu akan diletakkan pada bekas tempat dipotong supaya tali pusat cepat tanggal. Pembalut dilekapkan ke pusat bayi yang telah dipotong.
Menanam Uri dan Tembuni
Apabila seseorang ibu bersalin, uri yang keluar bersama – sama bayi tidak boleh dibuang begitu sahaja. Sebelum ditanam uri dan tembuni tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu. Uri tidak boleh ditanam tepat pada 12.00 tengah hari kerana dikhuatiri anak itu akan degil. Uri biasanya ditanam di pintu jalan bersama – sama asam, garam, jarum, buku dan pensil supaya anak menjadi rajin belajar dan menjadi murid yang pintar. Uri juga tidak boleh ditanam terlalu dalam kerana dipercayai proses pertuturan anak akan menjadi lambat.
Berurut
Berurut merupakan slah satu cara terbaik untuk memulihkan urat saraf ibu yang baru bersalin. Semasa mengandung seluruh urat saraf di tubuh badan menjadi tegang dan ianya kendur selepas bersalin. Oleh itu, berurut dapat memulihkan ketegangan seperti sedia kala sedikit demi sedikit. Ia juga membantu membetulkan semula kedudukan peranakan. Selalunya bidan kampung akan mengurut selama tiga hari berturut – turut dan adakalanya hngga seminggu atau lebih mengikut kehendak wanita yang dirawatnya.
Mandi serum
Air yang digunakan untuk mandi serum merupakan air rebusan yang dicampurkan pelbagai ramuan daun – daun dan ubatan tradisional. Ramuan ini dipercayai boleh menyegarkan si ibu dan memulihkan tenaganya. Air serum tidak boleh digunakan untuk membasuh muka si ibu kerana dipercayai boleh merosakkan muka.
Bertangkas
Tujuan utama bertangkas ialah untuk mengecutkan rahim serta saluran peranakan di samping mngeluarkan kekotoran daripad badan ibu yang bersalin. Antara bahan yang diperlukan ialah daun mengkudu, daun senduduk dan sabut kelapa. Asap bahan – bahan tersebut diasapkan pada seluruh anggota badan ibu. Amalan ini dilakukan pada setiap hari selama masa berpantang supaya dapat memberikan kesegaran tubuh. Kulit ibu yang mengamalkan bertangas akan menjadi tegang semula dan berwarna kekuningan kerana diserapi oleh asap bahan bertangkas tersebut.
Bertungku
Amalan ini dilakukan selepas bertangkas dan membersihkan diri. Bahan bertungku ialah sebiji batu pejal yang sederhana besarnya dan dipanaskan terlebih daulu. Setelah panas, batu tungku akan dibalut dengan kain dan kemudiannya dililit pada anggota tubuh wanita berkenaan terutamanya di bahagian perut. Amalan ini dipercayai boleh menghindarkan kulit perut serta anggota lain daripada menjadi berkedut. Ia turut mebantu mempercepatkan pengecutan rahim. ( A.Aziz Deraman, 1995 :20 )
Berbengkung
Amalan memakai bengkung masih dilakukan oleh kebanyakan wanita Melayu selepas bersalin. Amalan ini biasanya dilakukan dalam masa berpantang 44 hari. Berbengkung dapat memberikan sokongan kepada otot – otot perut dan mengendurkan otot – otot pada bahagian punggung akibat kehamilan. Amalan ini juga memberikan memberikan keselesaan kepada wanita selepas melahirkan anak. Sebelum bengkung dipakai, minyak urut at kapur bercampur asam limau disapukan pada perut wanita tersebut. Ini bertujuan untuk mengecutkkan anggota perut seperti sedia kala dan mengelakkan angin memasuki perut.

Berpantang 44 hari
Wanita yang bersalin mesti mengalami masa berpantang selama 44 hari. Sepanjang msa berpantang, dia ditegah daripada memakan makanan yang dianggap tidak baik untuk kesihatan.
Bahan – bahan makanan akan ditentukan oleh orang yang menjaganya terutamanya bidan. Selain berpantang makan, dia tidak dibenarkan bergerak bebas. Ubat yang dimakan adalah ubatan tradisional yang diperbuat daripada ramuan akar – akar kayu dan pelbagai rempah.
Bidan kampung akan membuat ramuan – ramuan tersebut terutamanya jamu – jamu dan bedak – bedak seperti parem, pilis dan tapil. Kebanyakan wanita berasa kesejukan setelah melahirkan anak dan ini mendorong mereka memakan jamu untuk memanaskan badan.
Kematian
Kematian merupakan satu hakikat yang akan dialami oelh manusia maka Islam menguruskan mayat dengan penuh hormat. Adalah menjadi kewajipan kepada mereka menguruskan pengkebumian mayat dengan segera hingga selesai.
Apabila seseorang yang beragama Islam meninggal dunia mayatnya akan dikebumikan dengan segera. Di sisi Islam adalah afdal mengembumikan di dalam tempoh 6 jam selepas meninggal dunia. Biasanya sebelum mayat dikebumikan ianya dimandikan oleh tukang mandi perempuan, jika perempuan manakala tukang lelaki sekiranya lelaki.
Selepas itu mayat dikhafankan sebelum disembahyangkan. Kemudian mayat dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu ringan lalu diusung oleh orang ramai secara bergilir – gilir ke masjid yang berhampiran dengan tanah perkuburan. Oleh kerana orang
Melayu menganuti agama Islam tatacara menyempurnakan mayat adalah mengikut Islam.
Dalam menyempurnakan mayat, perbelanjaan di ambil daripada harta si mati sesudah menyelesaikan hak yang bergantung kepada harta itu seperti zakat, gadai dan membayar hutang si mati dab dipenuhi segala warisnya.
Mayat seorang muslim mestilah dihadapkan ke qiblat yakni kakinya dihalakan ke qiblat sedangkan kepalanya di sebelah timur. Kepalanya ditinggikan sedikit dengan diberikan bantal serta dimiringkan di atas rusuk. Sunat dibacakan yassin kepada si mati.
Dalam mengurus mayat, sunat dipejamkan mata dan diikat dagunya dengan kain di kepala supaya mulutnya tidak terbuka. Segala sendi – sendinya hendaklah dilembutkan. Sunat ditanggalkan segala pakaian dan ditutup mayat itu dengan kain yang agak nipis, perutnya ditekankan dengan benda keras supaya tidak kembung.
Cara memandikan mayat sekurang – kurangnya meratakan air seluruh tubuh dan najisnya dikeluarkan. Najis hendaklah dibersihkan dahulu, kemudian diambilkan air sembahyang.
Seluruh tubuh mayat hendaklah dimandikan secara lemah lembut dan penuh hormat dengan air sejuk.
Air mandian itu hendaklah dicampurkan dengan air bidara, kemudian disiram dengan air mutlak dan akhir sekali dengan air bercampur kapur barus diulang – ulang menyiram sehingga 9 kali ia, iaitu 3 kalli dengan air bidara, 3 kali kali dengan air kapur barus dan 3 kali dengan air biasa.

Kemudian barulah dilapkan dengan kain tuala supaya tidak basah kain kapan. Kalau mayat itu sudah reput terbakar, tidak ada air dan lain – lain halangan, mayat itu hendaklah ditayammumkan.
Untuk kapan mengikut mazhab Shafie sekurang – kurangnya sehelai kian yang menutupi aurat si mati. Jika mayat itu lelaki maka sekurang – kurangnya kafan baginya ialah mneutupi bahagian badan di antara pusat dan lutut. Jika mayat perempuan , maka sekurang – kurangnya kafan baginya ialahkain yang menutupi seluruh tubuhnya kecuali muka san tangan paras pergelangan. Kain yang minima ini dinamakan kafan.
Sedang mayat sendiri berhak pula mendapat kafan yang menutupkan seluruh tubuhnya ialah hak mayat. Kaluarga si mati boleh menutupi mayat sampai aurat sahaja atau sebaiknya sulurh tubuh dan lapisan ketiga ialah hak waris.
Di antara lapisan kafan diberikan kayu cendana dan gaharu segala rongga disumbat dengan kapas seperti mata, lubang hidung dan lain – lain. Begitu juga dengan anggota sujud iaitu tapak tangan, lutut dna jarikaki kemudian baru dikafan seluruhnya. Seeloknya paha diikat supaya jangan terbuka dan kedua hujung di kepala dan di kaki.
Sesudah siap kafan, mayat mestilah disembahyangkan. Cara sembahyang mayat adalah dengan :
  • Niat
  • Berdiri
  • Takbir
  • Membaca Al-Fatihah
  • Antara takbir pertama dan kedua membaca selawat
  • Membaca doa bagi si mati
Sembahyang mayat boleh secara perseorangan atau berjemaah. Boleh juga dilakukan sembahyang hadir atau ghaib.
Usungan
Sementara itu untuk usungan pula ia dibuat daripada kayu berbentuk 3 atau 4 persegi. Mayat hendaklah diletakkan telentang kepalanya pada pihak yang sempit. Sedang pahanya pada piphak yang lias. Masa mengusung kepalanya sebelah hadapan sedang kakinya sebelah belakang. Usungan boleh dilakuakn oleh tiga, empat, enam atau lapan orang. Disunatkan berjalan kaki waktu pengusungan dan dalam keadaan senyap dan tidak bising.
Mayat orang Islam mestialh ditanam dalam kubur dan tidak sesekali mayat itu diletakkan di atas permukaan tanah kemudian ditimbunkan tanah atasnya. Sebab itulah liang kubur sangat penting.
Liang kubur hendaklah digali setinggi dengan orang berdiri serat liang lahad semua tubuh mayat. Mayat hendaklah dimasukkan dalam lubang liang lahad dalam keadaan mengiring rusuk kanan di sebelah bawah yakni terletak di tanah dan rusuk kiri sebelah atas. Kepala mayat mestilah bersamaan dengan mata angin, muka mayat hendaklah dibuka dan begitu juga ikatan atau simpulan pada kain kafan liang lahad mesti ditutup dengan papan.
Kalau dalam keranda pula supaya mayat tidak bergolek, ia hendaklah disandarkan dengan tanah. Kepalanya mesti dibantal dengan tanah. Keadaan atau kedudukan mayat sama seperti yang disebut di atas tadi. Sesudah siap ditimbun tanah, sunat ditandakan dengan batu nisan di atas kepala dan kaki mayat. Sementara tanah timbunan itu disunat ditinggikan sedikit daripada paras bumi supaya jelas kelihatan bagi menghormati dan disunatkan pula menyiram air sejuk di atas kubur dan membacakan doa bagi si mati. Bacaan doa adalah untuk memohon keampunan Allah terhadap segala kelakuan si mati ketika hidup di dunia ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...