Monday, August 3, 2009

Masyarakat Pribumi Sarawak

MASYARAKAT PRIBUMI SARAWAK
Suku kaum yang terbesar di Sarawak ialah suku kaum Iban. Orang – orang Iban terdapat di semua bahagian Sarawak. Mereka ini kebanyakkannya merupakan petani. Ramai di antara mereka masih menanam padi di lereng – lereng bukit di kawasan – kawasan pendalaman.

Lawatan dan Kunjungan
Mengunjungi sanak saudara dan kawan – kawan adalah perkara biasa dan digalakkan. Pelawat biasa, bila tiba di hdapan rumah panjang mestilah bertanyakan orang – orang di dalam rumah itu “Jadi rumah kita?” (Adakah apa – apa halangan terhadap lawatan kami?). Jawapan yang akan diberikan kepada pelawat itu, “Jadi niki meh!” (Dipersilakan, jemput masuk!).

Pelawat akan terus dibawa ke “ruai” (anjung) rumah keluarga yag dilawati. Tetamu akan meletakkan apa – apa jua yang dibawa bersamanya di tempat yang sesuai. Beliau kemudian dijemput duduk. Tepak sirih dan rokok kemudiannya dihulurkan. Tetamu juga akan ditanya sama ada sudah makan atau belum dan dijemput makan bersama. Oarang – orang Iban tidak mempunyai masa atau hari – hari tertentu untuk lawatan.

3 comments:

  1. Wow, Muru! Tetiba je tertarik dengan negeri Sarawak nih. He,he. Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  2. fizul...apakah betul apa yang saya cari dan tertera kar blog nie? kalau salah tlg betulkan ye? tq...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...